Rafizi gopoh nak memburukkan imej Zaid Ibrahim secara tak sengaja membuka pekung didada kronisma dalam PR di negeri Selangor. Rafizi Ramli yang baru-baru ini membuat pendedahan terhadap 2 email dari calon bebas Zaid Ibrahim tanpa disedari telah membuka pekung didada pentabiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Ingatkan pemimpin-pemimpin dalam PKR ni bersih sungguh, tak ada korapsi. Rupanya lagi teruk.
Kandungan email pada tahun 2010 tersebut dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai permintaan untuk memajukan kepada MB Abdul Khalid agar mempertimbangkan permohonan dua Syarikat untuk mendapatkan kelulusan memajukan tanah dan mengadakan usahasama dengan anak Syarikat kerajaan negeri.
Dari pendedahan tersebut ternyata wujud kecenderungan ahli perniagaan dan ahli parti melobi kerja dan tender kerja ‘direct nego’. Seharusnya jika Rafizi Ramli seorang yang jujur dan amanah seharusnya melaporkan insiden tersebut pada 2010 dahulu tetapi kenapa mendiamkan sahaja perkara sedimikian yang bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat untuk anti kronisma dan anti korupsi. Kerana, Rafizi pun sama. Korupsi. Kata paku dulang serpih, kata orang awak yang lebih.
Kini timbul pelbagai persoalan yang wujud dan menjadi buah mulut rakyat Selangor dan Malaysia amnya. Adakah permintaan itu telah diajukan oleh Rafizi Ramli kepada MB Khalid? Dan adakah ia di luluskan ? Berapa banyak lagi permintaan oleh pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat sebegini telah di luluskan? Hairan IBM dibuatnya. Soalanya ringkss IBM, beginikah yang dimaksudkan Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat “reformasi”, anti kronisma dan “bersih” korupsi? Nampaknya Kaya...kaya-raya le pemimpin-pemimpin PKR ni. Yang tertipu dan menjadi mangsa ialah rakyat Selangor. Bebaloi ke korang mengundi PKR pada PRU-13 lalu? Fikir-fikirkan. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"