Saturday, March 1, 2014

PEROMPAK TERLALU GANAS. TETAK PENGAWAL, LARIKAN DUIT RM300 RIBU....

SABTU, 01 MARCH 2014
Seorang pengawal keselamatan cedera ditetak manakala seorang juruwang kepedihan mata akibat disembur serbuk kari selepas mereka disamun empat lelaki di kawasan parkir di Terminal Larkin Sentral semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh (gambar bawah kanan) berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika mangsa menuju ke premis perniagaan mereka di terminal berkenaan selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank.

"Mereka didatangi empat lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kereta yang kemudian menyembur serbuk kari dan menetak pinggang kanan pengawal keselamatan itu dengan parang," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata suspek kemudian melarikan dua beg berisi wang tunai hampir RM300,000 dengan kereta berwarna gelap.

Sulaiman berkata anggota polis yang digerak untuk mengesan kesemua penjenayah berjaya menahan dua daripada mereka berumur lingkungan 20an dan 30an pada kira-kira 8.30 malam dan usaha giat dijalankan bagi mencari bakinya.

Beliau berkata pengawal keselamatan berumur 34 tahun, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan dilaporkan stabil manakala juruwang berusia 22 tahun tidak mengalami kecederaan serius. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Bernama

P/S ~ Jenayah tidak mengenal mangsa, umur, dimana dan sentiasa berlaku diluar pengetahuan kita. Ianya berlaku begitu pantas seperti kilat. Hati-hati, jangan sampai kita menjadi mangsanya. ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...