Konsert Twin Towers@Live 2014 yang dijadual diadakan di sini pada 28 dan 29 Mac, dibatalkan. Menurut kenyataan Petronas hari ini, keputusan itu dicapai sebulat suara bersama penaja lain dan penganjur konsert, Live @ Work Sdn Bhd, sebagai tanda hormat kepada keluarga, sahabat handai dan orang tersayang kepada penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370. Kami sesungguhnya sedih dengan tragedi ini dan merakamkan ucapan takziah kepada mereka, dan selaku penaja, kami akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan semua pihak berkaitan yang menerima kesan daripada pembatalan ini akan mendapat layanan sewajarnya, jelas kenyataan itu.
Pesawat MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia. Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu. Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).
P/S ~ Terima kasih Petronas kerana menghormati kepada keluarga mangsa tragedi MH370. Mungkin di hari lain konsert ini boleh diadakan semula. Kepada peminat-peminat konsert tersebut, harap memahami akan situasi tersebut. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"