Monday, March 10, 2014

PRK KAJANG : ZAHID TARIK DIRI TAK JADI TANDING. BENGGANG HABIS NUAR!

AHAD, 09 MARCH 2014

MACAM telah dirancang atau seolah-olah sudah mengetahui akan keputusan Mahkamah terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Brahim di dalam kes liwat ll membuat bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini. Menurut Zaid, beliau membatalkan hasratnya itu berikutan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasminya hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRK tersebut.

Semua orang dah tahu selepas disabitkan bersalah pada Jumaat lalu, beliau (Anwar) tidak lagi layak bertanding dalam PRK ini. IBM rasa, Anwar Brahim tentu benggang habis bila mendengar akan perkhabaran ini. Ekoran dari keputusan Mahkamah itu, Zahid berkata kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah selamat dan kerajaan negeri akan terus stabil. Akhirnya Anwar dikenakan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lepas.
Beliau dituduh meliwat Saiful yang ketika itu berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Jadi, bermacam-macam cerita yang kita dengar akan pengganti Anwar di PRK Kajang. Nama-nama yang disebut-sebut dan menjadi bualan orang ramai di Kajang ialah isteri beliau, Datin Wan Azizah dan kemungkinanan juga anak beliau, Nurul Ezzah. Tapi, berkemungkinan juga Pengarah Strategi PKR iaitu Rafizi jambu. 
Apapun kita tunggu dan lihat kerana kehangatan PRK DUN Kajang ini terbantut buat seketika kerana seluruh rakyat dan media-media tempatan sekarang ini menumpukan perhatian kepada insiden kapal terbang MAS MH370 yang dikatakan hilang dan masih belum lagi ditemui. Walau bagaimana pun, esok (Isnin) peguambela Anwar Brahim, Karpal Singh akan membuat rayuan kepada Mahkamah rayuan bagi mengurangkan hukuman penjara terhadap Anwar.
Juga, kita tunggu esok apa ceritanya. Memang ketika ini Nuar Brahim tengah benggang kerana media tempatan tidak lagi memberi perhatian terhadap beliau. Maklumlah nak glamour. Muka si Nuar ni mana tahu malu, muka tebal dan muka 'sesumpah'. Hari ini lain, esok lain. Dan....kalau tidak menipu sehari, bukan Anwar Brahim namanya. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...