KHAMIS, 27 MARCH 2014
Sebagai simpati kepada semua keluarga mangsa tragedi MH370 yang beragama Islam, jom kita ramai-ramai ke Masjid Negara yang akan menganjurkan bacaan tahlil selepas waktu solat Maghrib bagi memohon untuk mempermudahkan misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS). Menurut kenyataan Masjid Negara, rakyat beragama Islam dijemput untuk turut serta dalam majlis yang akan turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Seperti yang kita semua ketahui Pesawat MH370 membawa 227 penumpang serta 12 krew berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang dari radar kira-kira sejam kemudian di perairan Laut China Selatan.
Penerbangan ke Beijing itu seharusnya mendarat di Beijing pada 6:30 pada hari yang sama. Usaha mencari pesawat tersebut disertai pelbagai negara menggunakan pelbagai aset ketenteraan meliputi kawasan radius penerbangan sekitar Kazakhstan dan Turkeminestan sehingga ke bahagian utara Thailand ke Selatan Lautan Hindi. Operasi kini tertumpu di Selatan Lautan Hindi , barat Perth, Australia selepas Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan objek yang terapung di Lautan Hindi dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Moga dengan bacaan tahlil yang kita semua lakukan sampai kepada mereka-mereka yang sudah tiada lagi dan menenangkan lagi mereka di dunia fana bertemu dengan penciptanya, Allah SWT. Kepada mangsa lain yang bukan beragama Islam, harap keluarga mereka dapat mengerjakan upacara sembahyang mengikut kepercayaan agama masing-masing. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"