Alhamdulillah. Berita yang mengembirakan juga apabila ujian ke atas sampel tompokan minyak yang ditemui di luar pantai Kelantan mendapati ia bukan dari pesawat Malaysia Airlines MH370. Ini telah dijelaskan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam (gambar) yang mana beliau mengumumkan keputusan ujian itu mendapati minyak itu untuk kegunaan tongkang atau kapal laut. Maklumat ini beliau perolehi dari Kuala Lumpur. Tompokan minyak itu dari tongkang atau kapal laut dan bukan dari pesawat, kata Nasir di pangkalan APMM di Tok Bali hari ini.
Sumber dari bebeberapa pegawai di pusat operasi koordinasi bagi mengesan pesawat MH370 di Sepang berkata, keputusan itu disahkan oleh Jabatan Kimia. Semalam, pada hari Ahad, APMM menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning sepanjang 10 kilometer, kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan terputus hubungan. Nasir yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga itu berkata, mereka masih gagal menemui sebarang petunjuk yang boleh membawa penemuan kepada pesawat tersebut.
Menurut Nasir, kawasan pencarian mereka pada hari ini adalah dekat dengan pantai Besut dan pasukan beliau masih tidak menjumpai sebarang petunjuk baharu, kata Nasir. Beliau turut mengesahkan APMM telah menerima laporan daripada seorang saksi dari Keterah yang mendakwa terlihat sesuatu yang menyerupai sebuah pesawat terbang rendah pada waktu pesawat MH370 dilaporkan hilang.
Keterangan telah diambil dari saksi yang mendakwa terlihat akan pesawat tersebut dan telah pun meninjau tempat seperti yang didakwanya. Apapun, kata beliau, sebenarnya dalam lingkungan kawasan yang meliputi operasi mereka dan tiada sebarang petunjuk dijumpai setakat ini, katanya. Bagaimanapun, operasi menyelamat masih diteruskan. Harap-harap dapat petunjuk sesepat mungkin kerana kini dah masuk hari ke empat pesawat MH370 hilang.
Sama-sama kita rakyat Malaysia berdoa agar semua mereka terselamat. Amin...amin yarabal'alamin. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"