Monday, March 10, 2014

KEHILANGAN MH370 : SOLAT HAJAT DI SEKSYEN 7 MALAM INI.

ISNIN, 10 MARCH 2014
SHAH ALAM : Umno Bahagian Shah Alam akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan semua penumpang MH370 yang hilang sejak kelmarin. Solat hajat tersebut akan diadakan di Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7 di sini selepas solat Isyak. Pesawat yang dalam perjalanan menuju ke Beijing itu dilaporkan hilang daripada radar pada 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Terdahulu MAS dilapor berkata pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi. Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berkenaan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Ahad. Kerajaan Persekutuan meminta agar orang ramai tidak mudah percaya kepada spekulasi serta andaian dari banyak pihak bersabit insiden itu.

Sebaliknya meminta mereka agar mendengar pengesahan daripada pihak berkuasa sendiri. Sehingga hari ini (Isnin) pasukan mencari dan menyelamat yang dihantar pelbagai agensi masih belum menjumpai apa-apa petunjuk. 

P/S ~ Inilah kelebihan yang dimiliki oleh UMNO kalau nak dibandingkan dengan PAS yang mengelarkan diri mereka parti 'Islamik', parti yang memperjuangankan agama. UMNO tidak pernah mengabaikan tangungjawabnya sekiranya sesuatu musibah yang menimpa kepada orang perseorangan ataupun kumpulan. Apatah lagi musibah seperti kehilangan pesawat MH307 yang hangat di perkatakan dan sanak-saudara masih didalam troma mengenangkan nasib kaum keluarga mereka yang berada di dalam pesawat tersebut.

Persoalanya, adakah PAS akan membuat solat hajat seperti mana yang UMNO buat? Tak tahulah. Hanya Tuhan  sahaja yang tahu. Kalau diwar-warkan, akan melenting le PAS ni. Biasalah. Mereka tak boleh ditegur, tapi, mereka sewenang-wenangnya menuduh bahawa UMNO tidak Islamik seperti mereka. Biasalah tu. Itulah wajah PAS yang sebenarnya. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...