JUMAAT, 21 MARCH 2014
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini membidas wakil media asing yang bukan sahaja sering mengerumuninya tetapi juga berasak-asakan ketika mahu mendapat perkembangan terkini mengenai kehilangan MH370 daripada beliau. Hishammuddin berkata, kelakuan sedemikian menyebabkan jurukamera dan jurugambar gagal mendapat rakaman yang baik sekali gus memberi tanggapan tidak elok terhadap Malaysia.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
P/S ~ Hehehe...biasalah Hisham ooii. Jangan lekas naik angin. Kan itu lumrah pemberita-pemberita dari luar negara. Perangai depa sebiji macam pakatan haram (PR). Apa yang perlu, ko jawab le apa yang patut. Lagi pun, ramai yang puji you do a good job. Teruskan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"