Monday, May 12, 2014

SAH! MENTERI BESAR TERENGGANU LETAK JAWATAN

ISNIN, 12 MAY 2014
SAH dari Terengganu. Dilaporkan Datuk Seri Ahmad Said hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Ahmad Said dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu hari ini, sementara penggantinya dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu malam ini. Siapa penggantinya? Tunggu. Berita tersebut mengesahkan memang Ahmad Said meletak jawatan. Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ADUN akur dengan keputusan Presiden parti. Menurut sumber peletakan jawatan Ahmad Said direstui Istana Terengganu.

Bagaimanapun sumber tersebut enggan mendedahkan siapa bakal Menteri Besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57. Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana, kata salah seorang jurucakap kepada kepada pemberita selepas selesai perjumpaan itu. Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti. Harap-harap begitulah. Jangan selepas ini ada pihak yang tak puas hati dan bertukar parti gara-gara pertukaran alih jawatan Menteri Besar Terengganu ini. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...