KUALA LUMPUR - Portal berita propembangkang, Malaysiakini diberi notis tuntutan saman di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu'. Notis tersebut dihantar menerusi firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti peribadi beliau. Wakil firma guaman itu, Raihanah Ariffin mengesahkan bahawa notis berkenaan telah dihantar ke pejabat operasi portal tersebut di Jalan Bangsar Utama, di sini semalam. Menurut Raihanah, notis itu menuntut portal tersebut membuat permohonan maaf, menarik balik artikel serta menyediakan aku janji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berunsur fitnah yang tidak mempunyai sebarang asas terhadap UMNO dan Najib. Selain itu, katanya, portal berkenaan dituntut menyediakan aku janji supaya lebih berhati-hati dalam menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara itu.
MKINI DOTCOM Sdn. Bhd. melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anak guam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014. "Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita itu berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ketua Editor, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan. Raihanah berkata, segala tuntutan yang dibuat oleh anak guamnya itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita tersebut dalam tempoh 48 jam.
"Sekiranya mereka gagal, kami akan meneruskan prosiding mahkamah termasuk permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini," jelasnya. Malaysiakini dilihat mengamalkan laporan berita tanpa bersandarkan fakta sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak selain dikatakan memberi ancaman kepada keselamatan negara. Selain kelihatan tidak mengamalkan kewartawanan profesional, portal yang mirip mendukung perjuangan pembangkang itu juga dilihat sengaja membiarkan ruang komentarnya dilimpahi hujah-hujah yang boleh mencetuskan ketegangan. Antara laporan portal itu yang berunsur fitnah melibatkan artikel mengenai Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2007 menyebabkan beliau yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Sarawak memfailkan saman fitnah.
Pada 2012, Malaysiakini memohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini kepada Abdul Taib berhubung penyiaran 12 artikel berunsur fitnah terhadap beliau itu. Sebelum itu pada 2008, Malaysiakini memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, kerana menyiarkan berita yang tidak benar berhubung dengan kemenangan beliau pada pilihan raya umum tahun itu bagi Parlimen Rembau. Sumber - BH
* Kepada UMNO, jangan ulangai kesilapan yang lampau. Bila dah saman tu, teruskan. Jangan layan jika portal haram jadah ni minta selesai di luar Mahkamah dan minta maaf. Jaga maruah kita UMNO sebagai parti yang relevan yang sentiasa membela nasib rakyat. Kena ajar barua-barua di luar sana tu.* Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"