Tuesday, May 6, 2014

PEMILIHAN PKR SELURUH NEGARA KECOH. HARU-BIRU JADINYA. INI SALAH UMNO KE?

SELASA, 6 MAY 2014
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini sering melaung-laungkan tuntutan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan, dicabar meletak jawatan jika benar mereka bermaruah ekoran dakwaan wujud manipulasi undi sehingga mencetuskan kekecohan dalam pemilihan parti itu. Itu kata dan pandangan beberapa orang penganalisa politik. Memang ada lojiknya. Tidak terlepas juga pandangan dari bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar pemimpin PKR bermula daripada Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, R. Sivarasa dan Tian Chua meletak jawatan dan patut merasa malu dengan apa yang berlaku tetapi sikap membisu membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin.




Menurut Datuk Zul lagi, dia merasa pelik bagaimana pemimpin-pemimpin PKR yang sebelum ini lantang bersuara di Dewan Rakyat, malah sanggup turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya bersih telah mengunci mulut apabila melibatkan parti sendiri, sedangkan dakwaan manipulasi undi didedahkan sendiri orang kuat PKR, iaitu Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin. Maka tidak peliklah sekiranya segala tohmahan yang dilemparkan PKR kepada SPR sebenarnya rancangan mereka sendiri bagi memburukkan institusi tersebut demi membangkitkan sentimen rakyat kerana dakwaan blackout berlaku dalam PKR ketika proses pengiraan undi di Cabang PKR Batang Sadong, Sarawak. Memang kotor pemain politik PKR ni. 

Oleh itu, Datuk Zul mencabar Anwar, Rafizi, Saifuddin Nasution, Sivarasa dan Tian Chua supaya meletak jawatan kerana jika membisu, bererti mereka sebenarnya merestui manipulasi undi. Datuk Zul juga mencabar Datuk S. Ambiga (Pengerusi Bersih) pergi buat bantahan kepada PKR,. Ada berani ke Ambiga?  Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula, antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri. Hebat-hebat PKR ni. Sekaran apa sudah jadi? Memang betul kata perpatah melayu ni. 'Kata paku dulang serpih', kata orang awak yang lebih. Dan PKR juga boleh di anggap seperti 'meludah kelangit terkena muka sendiri'.

Kalau Datuk Zulkifli Nordin tidak merasa pelik berlakunya semua kekecohan pemilihan PKR di seluruh negara gara-gara tidak ada ketelusan di dalam parti PKR ni, IBM pun tak rasa pelik jika pemimpin-pemimpin atasan PKR menyalahkan UMNO. Dah menjadi resam PKR akan menyalahkan UMNO dan menuduh UMNO  jadi dalang di sebalik kekecohan dalam pemilihan parti mereka. Apa komen rakan-rakan UMNO semua? Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...