Barisan Nasional (BN) telah bersepakat menamakan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan menentang gundik DAPigs, Dyana sofya. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yasin. Dalam ucapan beliau, menyeru agar semua warga BN dapat memberi kerjasama bagi memastikan kejayaan BN. Seperti yang kita semua tahu, PRK terpaksa diadakan selepas kematian penyandang Ahli Parlimennya, Seah Leong Peng yang mengidap penyakit kanser pada penghujung April lepas.
Rekod Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Leong Peng menewaskan Siew Keong dan seorang lagi calon bebas dengan majoriti 7,137 undi. Harap kali ini calon BN akan memperolehi kejayaan walaupun penganalisa politik membayangkan agak sukar BN untuk menang pada kerusi tersebut. Apapun, itu hanyalah analisis sahaja. Berkemungkinan upset boleh berlaku sekiranya jentera BN berusaha lebih gigih dan dapat menambat hati para pengundi di Teluk Intan. Kepada para pengundi di Teluk Intan, terutamanya pengundi-pengundi melayu agar memberi peluang kepada BN untuk mentadbir dan membuat perubahan di sana. Teruskan, insyallah Gerakan boleh, BN boleh. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"