![](http://2.bp.blogspot.com/-Z4fTls2XY70/U3g9OUTb0iI/AAAAAAAAc0k/tdxUZGr5u4I/s1600/1014383_515169415221540_564076041_n.jpg)
IBM bagi contoh, kalau benar wujud kumpulan gengster, apakah Zulkifli Ahmad yang bertindak memaki-hamun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di depan Anwar adalah gengster? Kejadian itu berlaku di depan Anwar sendiri, apakah itu gengster yang dimaksudkan? Apakah bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang mengkritik lembaga disiplin PKR kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan bagi jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor juga gengster ke? Anwar bertindak menyalahkan pihak lain sebagai punca keadaan kacau-bilau termasuk insiden bergaduh dalam pemilihan PKR sehingga menyaksikan pengundian di 27 cabangnya terpaksa dibatalkan dan perlu melalui pemilihan semula. Dalam pada itu, IBM merasakan tuduhan Anwar kononnya kekecohan semasa proses pemilihan PKR disebabkan kumpulan gengster juga satu penghinaan kepada ribuan ahli parti yang tampil membantah proses pemilihan dan ini membuktikan mereka tidak dihargai.
Anwar harus sedar, zaman sekarang bukan lagi seperti tahun 1974 yang beliau boleh menipu rakyat dalam isu demonstrasi Baling. Sekarang semua kelemahan PKR diketahui dunia dan memberi alasan dengan menipu hanya memperbodohkan diri sendiri. Maka, jom kita semua fikir-fikirkan dan sudah harus Nuar Brahim ini di tamatkan riwayat politik lawaknya yang banyak menyusahkan rakyat. Ini adalah pandangan peribadi IBM. Apa kata anda semua? Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"