TELUK INTAN: Calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berkata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sepatutnya belajar daripada ibunya, Yammy Samat yang memberi sokongan kepadanya walau berbeza parti. Kata Dyana, Yammy walaupun seorang ahli Umno namun selaku ibu tetap memberi sokongan kepada Dyana kerana kini tiba masanya untuk golongan muda memikul lebih tanggungjawab. "Saya minta beliau belajar daripada ibu saya yang juga seorang anggota Umno tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP memberi peluang kepada wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu muda, yang sering terhalang dengan struktur kebapaan dalam Umno.
![](http://2.bp.blogspot.com/-gOsMb4qLa0c/U3h-PvicY8I/AAAAAAAAc1o/G_WklNde-88/s1600/shahrizat.jpg)
* Amboi-amboi celuparnya mulut perempuan melayu DAPigs ni. Apa dia ingat dia grantee boleh menang ke? Belum tahu lagi. Tentang ibunya, Yammy Samat, IBM boleh buat kesimpulan bahawa betina ini adalah seorang ahli UMNO yang sudah murtad. Elok benarlah Jawatankuasa Displin UMNO ambik tindakan, kalau boleh singkirkan dia dari ahli UMNO. Nak buat apa simpan orang macam dia tu, Pegang jawatan sebagai Setiausaha UMNO bahagian, tapi menyokong DAP pulak. Apa ke jadahnya ni.
Memang betul calon DAP itu, Dyana Sofya anaknya, tapi, kalau menyokong dan merestui calon dari parti lawan, bagi IBM itu sudah menjadi satu kesalahan. Pembelot namanya tu. Kepada orang -orang kuat UMNO yang selalu bertali dan berpaut dengan Presiden parti, kenapa senyap..dan apakah tindakan yang akan di ambil terhadap ibu si Dyana tu? Kak Ijat pulak, teruskan...hentam kaw-kaw calon melayu DAP ni. jangan kasi can, tapi, janganlah lebih-lebih nanti pengundi benci. * Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"