![](http://4.bp.blogspot.com/-jCS28dEQBOw/U3h2EInSAGI/AAAAAAAAc1M/Rk19f3vERgU/s1600/logo-1.png)
Semasa kejadian pengawal keselamatan bank berkenaan sedang solat subuh di sebuah surau yang terletak di luar kawasan bank berkenaan, katanya. Katanya, pengawal berkenaan yang pulang daripada menunaikan solat ternampak kerosakan pintu cermin bank dan mesin ATM ditinggalkan di luar kawasan bank sebelum menghubungi pihak pengurusan bank yang kemudiannya menghubungi polis. Wan Abdul Aziz berkata pihaknya percaya rompakan itu dilakukan golongan pakar yang pernah melakukan perbuatan seumpama itu sebelum ini.
Katanya, ini merupakan kejadian pertama melarikan mesin ATM di Besut dan sehubungan itu satu unit khas ditubuhkan oleh IPK Terengganu untuk membanteras kegiatan merompak dan melarikan mesin ATM. Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Besut 09-6956222 atau Balai Polis Jerteh 09-6971222. Sumber : Mstar
* Pihak Polis kena banyak buat homework bagi menghalang perkara seperti ini dari berlaku. Memang selalu dan sudah menjadi satu trend penyamun-penyamun tarbus ini menjadikan mesin ATM sasaran mereka untuk mendapatkan wang. Mereka tidak lagi muncul di dalam Bank serta mengacu pistol untuk merompak wang di dalam Bank. Bagi mereka itu kerja lapuk. Untuk selamat dan mudah, ATM yang mereka target. Inilah jenayah di era IT yang serba maju, semakin maju semakin menjadi-jadi jenayah di negara kita ini. Salah siapa? Fikirlah sendiri. Wasllam * ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
depa ni termasuk dlm golongan ulamak.
ReplyDeleteibm ~ kampong lad
DeleteUlamat semak namanya tu..kerja x nak...merompak je...sial punya olang...