Thursday, May 8, 2014

ULANG TAHUN UMNO KE 68 KUKUHKAN PARTI, KATA PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN

KHAMIS, 8 MAY 2014
[[KUALA LUMPUR - Pembaharuan tekad dalam kalangan ahli untuk memperkukuh UMNO mengikut peredaran zaman seharusnya menjadi agenda utama parti itu yang menyambut ulang tahun penubuhan ke-68 pada Ahad ini. Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan, semua ahli wajar mempertingkatkan semangat dan daya juang mereka ke arah memperkasakan parti terbesar orang Melayu itu terutama dalam mendepani pelbagai cabaran pada masa depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin berkata, kualiti ahli merupakan antara aspek yang dapat menyumbang kepada pengukuhan UMNO. "Kita perlu mempunyai ahli yang mampu membuatkan parti ini terus relevan dan sesuai dengan peredaran zaman," katanya seperti dipetik menerusi wawancara bersama Media UMNO di www.umno-online.my hari ini. Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peringkat akar umbi UMNO sebagai tunjang kekuatan parti itu perlu bekerja lebih keras dalam menghadapi cabaran mendatang.

Beliau berkata, komitmen peringkat berkenaan dapat memastikan kekuatan UMNO terus dipertahankan. "Bersempena hari ulang tahun UMNO, marilah kita bersatu dan bekerja lebih kuat untuk memastikan parti bertuah ini terus diperkasakan," katanya. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula menyeru seluruh lapisan parti berkenaan memperbaharui tekad kerana keadaan politik pada masa ini berbeza daripada dahulu. "Kita mesti mencari jalan berhubung kaedah-kaedah untuk mengukuhkan parti dan yang penting memahami apakah masalah dihadapi sekarang supaya boleh mencari jalan penyelesaian, katanya. Pandangan sama disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyeru kepada seluruh kepimpinan, ahli dan pendokong UMNO supaya menjadikan ulang tahun ke-68 parti itu sebagai medan memperkukuh serta meningkatkan keupayaan parti sebagai pembela rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihatkan ahli dan kepimpinan parti agar tidak leka dengan segala kejayaan yang dicapai bersama UMNO dalam membangunkan negara ini. "Kita tidak boleh menganggap kejayaan ini boleh kekal lama jika tiada usaha untuk mengekalkannya. Justeru, kita perlu mempertingkatkan perpaduan dalam kalangan ahli selain berusaha mengukuhkan parti," katanya. Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pula berkata, dalam usia menjangkau 68 tahun, banyak sumbangan ahli dan pemimpin UMNO dalam memastikan tradisi membela rakyat, namun perubahan sikap juga perlu dilakukan demi kebaikan parti berkenaan. "Kita tidak mahu lagi ada 'cah keting' sesama ahli, perasaan dengki atau tikam dari belakang. Ini perlu dilihat daripada skala yang besar iaitu untuk masa hadapan," katanya yang turut dipetik dalam laman portal berkenaan baru-baru ini]] - Sumber : Utusanonline.

IBM setuju dengan pandangan beberapa Pengerusi Badan Perhubungan Negeri UMNO bahawa ulang tahun UMNO ke-68 Ahad ini akan menguatkan dan mengkukuhkan lagi parti UMNO serta merapakan lagi salaiturahim sesama ahli-ahli Umno. Maka, sudah wajarlah kita sebagai ahli-ahli UMNO yang setia pada parti, parti keramat buat orang-orang Melayu supaya teruskan memantum kita kerana mesti diingat, perjuangan kita masih belum selesai. Perjuangan ini harus diteruskan demi untuk bangsa, agama dan negera, juga demi untuk masa depan anak cucu-cicit kita nanti. 

Kita jangan leka dengan apa yang telah UMNO kecapi selama ini. Ini kerana, musuh kita di luar sana sentiaasa mencari jalan untuk membinasa dan menjatuhkan UMNO. Maka, penyatuan ahli-ahli UMNO semua amat-amatlah diharapkan. Ramai yang tahu bahawa UMNO berjuangan untuk rakyatnya, tak kira bangsa dan agama. Tapi, pembangkang cuba untuk memesongkan ketelusan perjuangan UMNO dengan menabur fitnah yang terlalu ekstream sehingga ada golongan rakyat begitu benci pada UMNO. 

Apapun, bagi orang yang tahu akan dasar perjuangan UMNO, mereka tidak cepat melatah. UMNO lah tempat mereka bergantung dan mengadu nasib. Maka, pada ulang tahun UMNO ke-68 tahun, marilah kita sama-sama berkerja kuat, berganding bahu, tak kira apa bangsa sekali pun, tolak pembangkang, tolak dakyah-dakyah songsang mereka, kerana pembangkang hanya tahu bercakap, tapi, tidak serupa bikin. Rakyat makin tertekan. Berkesempatan dengan ulang tahun UMNO ke-68 tahun ini, marilah kita semua kuatkan barisan di hadapan, kita terus berjuang demi bangsa agama dan negara. UMMO tetap relevan sampai bila-bila "DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA". Wasalam ~ IBM


"TERIMA KASIH KERNA SUDI MEMBACA"

3 comments:

  1. Xpayah ckp melambung2!!Sejak pru 13..UMNO masih ditakuk lama!!masih dibuai mimpi dgn strategi lapok!!sudah la UMNO bkn lg wadah perjuangan melayu dan islam..yg tinggal hanya pimpinan yg lembik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm-jgn jadi bodoh,

      Tak ada siapa yg cakap melambung bro. Dan x ada sapa pun yg suruh ko sokong Umno. Elok le ko sokong S
      si-Al-juburi tu....itu pemimpin yg boleh menyambung wadah perjuangan melayu...tapi..siap buntut korang semua...hehehehe

      Delete
  2. Mudah mudahan UMNO perintah Malaysia hingga hari khiamat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...