SUMBER.....
NASIB baik hanya kena halau. Kalau kena 'penampar Jepun' kan susah jadinya. Tak ada kerja lain ke manusia haram jadah ni. Bantah..bantah...demo...demo. Itu je yang mereka tahu. Apa sebenarnya yang mereka dapat? Apa yang pihak penganjur beri ganjaran pada mereka untuk berhimpun dan buat kecoh disana-sini? Wang? Berapa banyaklah depa (penganjur) beri kat manusia-manusia bodoh dan tolol ni? Semalam IBM dapat maklumat mengatakan Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran SUARAM semalam diganggu sekumpulan lelaki yang menyokong undang-undang itu, dengan bertempik meminta mereka meninggalkan tempat itu. "Balik! Balik!" jerit mereka dan menolak peserta himpunan yang jumlahnya lebih besar itu. Padan muka!. Turut kelihatan dalam kumpulan itu seorang anggota Persatuan Mukabuku (Facebook) Pulau Pinang, yang memakai kemeja-t bertulis "Pertahankan Akta Hasutan". Tahniah pada mereka yang bertindak bijak dan menghalang mereka yang dihasut untuk membuat kacau.
Antara yang dihalau pula daripada Padang Kota termasuk aktivis Suaram Ong Jing Cheng dan Prema Devaraj serta Toh Kin Woon daripada BERSIH. Sebelum ini, jurucakap Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggunakan pembesar suara dan berkata “selagi kumpulan itu ada, Akta Hasutan akan tetap diteruskan”. Perlu diingat, setelah akta ISA dimansuhkan, berbagai-bagai kejadian yang buruk berlaku di negara ini. Pihak pembangkang betul-betul mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang kerana mereka tidak lagi ditangkap walaupun mereka mengutuk kerajaan, memaki-hamun pemimpin-pemimpin negara, menghina Raja, memperlekehkan agama lain dan bermacam-macam lagi kerenah yang mereka lakukan semata-mata untuk tujuan 'Politik' kotor mereka. Mereka (pembangkang) sudah mula naik tocang, sudah mula kurang ajar kerana ISA sudah tiada, sudah dimansuhkan. Kini, mereka mahu lebih lagi. Iaitu hapuskan Akta Hasutan pula.
Mereka (pembangkang) menggunakan segala tenaga dan agensi yang ada bagi menentang dan mengugut kerajaan untuk menghapuskan akta tersebut. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia, bangsa ku. Kalau korang benar-benar sayangkan negara kita Malaysia yang tercinta ini, ayuh sama-sama kita bangkit. Tentang si haram jadah kumpulan yang ingin merosakkan pemikiran rakyat untuk menghapuskan akta hasutan ini. Kepada pihak yang berwajib, terus dan lawan kumpulan haram ini, jangan tunduk kepada kehendak mereka. Untuk itu, marik kita fikir-fikirkan keburukannya jika akta hasutan ini di hapuskan. Korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM