Monday, October 27, 2014

PANAS!! MAHASEWEL PMUM MAHU TERUSKAN PIDATO UMUM ANWAR "40 TAHUN DARI UM KE PENJARA" WALAUPUN DI LUAR KAMPUS??

ISNIN, 27 OKT 2014
KITA nak tengok apa akan jadi pada malam ini. Mahasewel yang terkena 'gula-gula' Anwar al-jub bertekad akan meneruskan juga pidato untuk Anwar walaupun tidak dibenarkan dibuat di dalam kampus. Kita juga nak tengok sejau mana kedegilanya penganjurnya selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol. IBM rasa, budak 'berhingus' sudah hilang akal dan dirasuk oleh 'dajjal' yang bernama Anwar Ibrahim al-jub.  Katanya, Jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki Universiti Malaya untuk menghadiri pidato '40 Tahun Dari UM Ke Penjara' malam ini, acara tetap akan diteruskan sekalipun di luar pagar kampus. Mereka seolah-olah ingin melancarkan perang dengan pentadbiran Universiti Malaya (UM).  Lawan tetap lawan tegas Presiden Persatuan Mahasewel Universiti Malaya Fahmi Zainol (gambar bawah kanan). Di peringkat kami sekiranya tidak boleh, kami tidak akan mengambil tindakan yang radikal. Kita mahasiswa kita bijak menilai. Kita akan buat di luar pintu pagar Kuala Lumpur untuk beliau memberi pidato, katanya hari ini. 

Kata pemimpin Mahasewel itu lagi, mereka tetap bertegas akan meneruskan program tersebut sebagai signal kebangkitan golongan mahasiswa, apatah lagi ianya mendapat sokongan padu daripada rakan seangkatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Walaupun sedia maklum berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan tata tertib oleh institusi sendiri, namun kata kata Fahmi program tersebut adalah sebagai mesej jelas bahawa golongan pelajar tidak mudah tunduk dengan segala kemahuan kerajaan yang mengekang kebebasan bersuara mereka. Mahasiswa menghadapi kemungkinan diusir dari universiti, didakwa di mahkamah, malah dimasukkan ke penjara. Tetapi ini tidak sekali-kali akan melemahkan semangat dan tekad pelajar. Kami jelak dan bosan mendengar semua prosedur rumit yang sentiasa dibangkitkan sebagai alasan mengekang kebebasan mahasiswa, kata Fahmi. Semalam, UM melalui Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Datuk Dr Rohana Yusof mengeluarkan kenyataan melarang pelajarnya menyertai program Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara kerana ia diisytiharkan haram dan tidak mendapat kelulusan institusi tersebut. 

Turut dimaklumkan, mana-mana pelajar yang didapati terlibat atau menyertai program tersebut akan dikenakan tindakan tata tertib oleh pihak universiti. Malah kenyataan berkenaan juga menyebut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil hal ehwal keselamatan kampus hari ini bagi menghalang program tersebut diteruskan. Imej 'print screen' kenyataan tersebut yang dimuat naik oleh pihak tertentu, dipercayai pelajar, turut dikongsi oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di laman sosial Twitter semalam. Namun, Rohana dalam reaksinya hari ini menafikan mengeluarkan arahan larangan sedemikian dan tidak melibatkan polis dalam hal keselamatan universiti itu. Program tersebut adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Ia merupakan program terakhir Anwar sebelum Mahkamah Rayuan pada 28 Oktober  memutuskan sama ada  Ketua Pembangkang itu dibebas atau dipenjarakan buat kali kedua atas tuduhan liwat. Kalau Anwar boleh mengula-gulakan Mahasewel yang tidak tahu mengenang budi segala apa yang kerjaan telah bagi kepada mereka, tapi, tidak kepada rakyat. 

Semalam, IBM sempat buat tinjaun dan sempat bertanyakan pendapat  kepada beberapa orang yang IBM temui di salah sebuah Shopping Kompleks di Petaling Jaya, bertanyakan isu 'Liwat II' Anwar, rata-rata mereka setuju dan mahu Anwar aj-jub dipenjarakan. Kata mereka, Anwar bersalah dan patut di penjarakan di Sungai Buloh. Cukuplah apa yang sudah Anwar lakukan kepada negara, kata mereka dan mereka mahu Malaysia kembali aman dan mereka pasti bahawa negara ini akan aman kembali tanpa Anwar. Apapun, kita ucapkan selamat berpidato kepada Mahasewel, cerah masa depan korang kerana begitu 'fanatik' kepada seorang penderhaka negara, pembohong no 1 negara dan peliwat tegar. Satu soalan IBM kepada Mahasewel ni, jika Anwar al-jub masuk penjara, mahukah mereka ikut sama?  Mak-bapak  hantar mereka untuk belajar demi untuk masa depan dan keluarga mereka, Anwar al-jub pulak yang mereka bela. Apa yang mereka dapat ye?? Tepuk dada korang tanya sendiri. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...