Thursday, October 23, 2014

AZMIN BUAT PUSINGAN 'U'. PERJANJIAN AIR SELANGOR DENGAN KERAJAAN PUSAT KEKAL. ANWAR AL-JUB TAK BANTAH KE?..HUHUHU!!

KHAMIS, 23 OKT 2014

APAPUN, tahniah le pada Azmin. Ingatkan Azmin akan ikut telenjuk Anwar al-Jub untuk tidak menerima perjanjian 'Air Selangor' yang telah dipersetujui dan di tandatangi oleh mantan Menteri Besar yang lepas, Khalid Ibrahim. Menurut kata Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali mahu melihat keberkesanan dan bekalan air berkualiti di Selangor serta tiada hasrat untuk membatalkan perjanjian antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu. Katanya, beliau tidak akan membatalkannya. Beliau mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin supaya rakyat boleh menikmati bekalan air yang mencukupi pada masa depan, katanya. Bagaimanapun, Azmin berkata, beliau akan terus mendesak Putrajaya supaya mendedahkan butiran mengenai perjanjian tersebut. Itu tak hal le Azmin. Perkara itu kecik je. 

Kata Azmin lagi, beliau dan pentadbiran baharu akan mempertahankan keputusan yang diambil terhadap projek itu sekiranya pentadbiran beliau tidak dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai terma dan syarat, kadar tarif yang akan digunakan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna. Alahai Azmin, ingatlah, kerajaan pusat bukannya kerajaan yang kejam seperti mana yang di heboh-hebokan oleh rakan kongsi Pakatan Rakyat. Terdapat kepentingan peribadi di sebalik perjanjian 'Air Selangor' yang di tangguhkan begitu lama. Tapi, demi rakyat, gunakan lah buah fikiran kamu yang waras tu. Kepentingan rakyat itu amat-amat penting. Jangan jadi Menteri Besar 'kawalan jauh' kerana ramai mata-mata yang sedang mengintai dan meneropong kamu dari jauh. Ehmmm..ehmmm..faham-faham je le ye. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...