Tuesday, October 21, 2014

WOWW! DAHSYATNYA. PKR NAK SERANG PUTRAJAYA HANTAR RATUSAN PENYOKONG UNTUK BEBASKAN ANWAR AL-JUB DALAM KES LIWAT II. HUHUHU!!

SELASA, 21 OKT 2014

SUMBER .....
KES LIWAT II KES LIWAT II KES LIWAT II


SETELAH di tamatkan jawatanya sebagai Pengarah strategi PKR yang mana setiap strateginya tidak berjaya dan berhasil, kini Rafizi Pondan@Bapuk menjalankan tugas pertamanya sebagai Setiausaha PKR, diarah dan beliau pula mengarah supaya Ketua-ketua Cabang PKR di seluruh negara untuk menggerakkan ratusan penyokong ke Istana Kehakiman di Putrajaya dengan bas minggu depan untuk menuntut kebebasan pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengarahkan lebih daripada 200 pemimpin cabang parti menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka bagi membebaskan Anwar daripada sabitan liwat. Di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap cawangan perlu menghantar sekurang-kurangnya lima buah bas yang penuh dengan penyokong, katanya dalam satu pekeliling yang dihantar kepada cabang-cabang parti. Huhuhu...seperti nak serang Putrajaya namapknya. Tapi, demi Anwar al-jub depa sanggup mati. Pi mampus le korang. 

Sementara itu, di negeri bukan di bawah Pakatan Rakyat, cabang dalam kawasan pilihan raya yang dipegang oleh PKR masing-masing perlu menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang penuh dengan penyokong. Bagi cabang yang tidak mempunyai wakil PKR, mereka disarankan masing-masing menghantar sekurang-kurangnya sebuah bas yang penuh penyokong, katanya. Rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan liwatnya akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini. Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari yang membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008. Rafizi juga menggesa cabang-cabang untuk berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk membebaskan Anwar daripada sabitan liwat. Beliau merayu kepada semua pemimpin cabang untuk menggerakkan ahli dan penyokong beramai-ramai ke Istana Kehakiman Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada ketua kita, katanya. 

Oh ya, Rafizi mungkin terlupa nak ajak penyokong-penyokong PAS sekali dan mengarahkan para pemimpin dan ulama PAS agar berdoa supaya Anwar al-Jub menang dalam kes rayuanya. Dan...jangan lupa doa untuk 'pecahkan perut' para Hakim yang mengendalikan kes Liwat II tersebut. Maka, dalam kes ini, bolehlah kita membuat rumusan bahawa itulah tugas baru yang perlu di laksanakan oleh si Rafizi Pondan@Bapuk ni sebagai Setiausaha PKR yang baharu. Sama-sama kita tunggu siapa yang kena pada 28 dan 29 Oktober ini. Samada PuteraJaya lumpuh di serang oleh penyokong-penyokong PKR atau PKR yang tertongeng setelah bos depa di tolak rayuannya dan dihantar ke Sungai Buloh. Tungguuuuuuu! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...