Wednesday, October 29, 2014

POLIS DIBALING TELUR OLEH PENYOKONG 'SIAL' ANWAR AL-JUB. CONFIRM DI UPAH!!

RABU, 29 OKT 2014
TENGOK lah betapa kurang ajar dan ganasnya penyokong-penyokong Anwar al-jub ni. Mereka bukan sahaja membuat bising dan memaki hamun pihak Polis yang berkawal di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya, malah mereka membaling telur secara tiba-tiba menyebabkan suasana tegang antara kumpulan penyokong Anwar Ibrahim al-jub dengan polis yang sedang berkawal. Ini jelas menunjukkan betapa 'fanatik' nya mereka. Difahamkan, berlaku perselisihan kecil secara lisan pada awalnya sehingga keadaan menjadi tegang dan penyokong dilihat membaling dua biji telur ke arah polis. Balingan telur itu turut mengenai beberapa polis dan wartawan berhampiran kawasan kejadian. Kumpulan itu juga dilihat cuba mengambil kesempatan dengan merempuh pintu pagar utama dalam kejadian kira-kira 2.25 petang, tetapi sempat dihalang polis. Keadaan itu memaksa polis menambah anggota pasukannya mengawal ketat bahagian depan pintu pagar masuk Istana Kehakiman. 
Unit ‎Simpanan Persekutuan (FRU) turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Difahamkan, perselisihan berpunca daripada desakan penyokong Anwar yang mahu masuk ke dalam khemah mencari tempat berteduh memandangkan cuaca ketika itu hampir hujan. Polis pada mulanya enggan membenarkan mereka masuk walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Haniza Talha cuba membuat rundingan. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika ditemui pemberita berkata, khemah sepanjang 100 meter di hadapan Istana Kehakiman itu bukan milik polis atau pihak berkuasa lain. Tetapi didirikan oleh penganjur majlis yang akan menggunakannya pada 8 dan 9 November ini. Abdul Razak berkata, disebabkan itu pihaknya tidak ada kuasa memberi kebenaran menggunakan khemah kerana enggan bertanggungjawab jika sebarang insiden terjadi. Namun, hujan lebat menyebabkan polis bertolak ansur dan membenarkan penyokong masuk hanya kira-kira 20 kaki untuk berteduh di bawah khemah. Mereka dijangka akan terus berhimpun sehingga selesai prosiding kes Anwar pukul 6 petang ini sebelum bersambung esok pagi. 
Sementara itu, dalam Mahkamah ketika ini, barisan peguam bela Anwar diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram masih memberikan hujahnya mengenai isu DNA. Prosiding rayuan ini merupakan langkah terakhir Anwar untuk bebas daripada hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu. IBM difahamkan, kes ini akan berakhir pada hari Jumaat ini. Sekiranya Anwar didapati bersalah, maka lucutlah jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan sekiranya Anwar di penjara lebih dari 2 tahun dan denda RM2,000, maka, akan diadakan PRK Parlimen di Permatang Pauh. Anwar, berihatlah engkau di Sungai Buloh. Dan....fikir-fikirkanlah untuk bersara dari arena politik. Kamu dah tua apabila kamu dibebaskan nanti. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...