Thursday, October 16, 2014

NAK KEMANA SI TAMRIN NI SELEPAS KELUAR PAS??

KHAMIS, 16 OKT 2014


TAMRIN akhirnya keluar PAS juga. Selepas hanya dua tahun menganggotai PAS, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar umum meninggalkan parti itu pada Rabu. Menerusi surat yang dihantar ke Pejabat Agung PAS bertarikh 15 Oktober, Mohd Tamrin memaklumkan kepada parti itu bahawa beliau menarik diri daripada PAS. Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian beliau berkaitan keputusan ini, katanya menerusi surat yang dialamatkan ke atas nama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Pejabat Agung PAS mengesahkan menerima surat berkenaan. Difahamkan surat berkenaan disampaikan menerusi serahan tangan. Mohd Tamrin menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 11 Ogos 2012 (gambar bawah). 


Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam. Semalam, semasa IBM minum 'teh tarik' bersama beberapa rakan-rakan di Petaling Jaya, ada yang bersuara dan bertanya, kemana si Tamrin tu nak pergi lepas ini?...kemana hala-tuju politiknya? IBM jawab senang je. Ada ke tak ada si Tamrin tu di dalam dunia politik ni, Malaysia tetap berjaya dan terus maju kehadapan. Begitu juga UMNO, terus gah dan berjuang dulu, kini dan selamanya. Kita dalam UMNO tidak memerlukan orang seperti si Tamrin ini jika dia ingin kembali menyertai UMNO. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...