Tuesday, October 21, 2014

PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG' : ANJURAN SIAPA? JAKIM KATA BUKAN MEREKA BERI KEBENARAN DAN MBPJ PULA DIAM MEMBISU....

SELASA, 21 OKTOBER 2014
CUBA kita semua tengok gambar yang IBM paparkan kat bawah ni. Memang memalukan. Apa nak jadi dengan masyarakat melayu Islam kita sekarang ini? Tanpa segan-silu dan memikirkan halal dan haram, mereka memeluk dan mendukung anjing yang mana dari hukum Islam, haram bagi orang-orang Islam menyentuh seekor anjing. Tapi, ianya sudah menjadi satu 'pesta' bagi orang Islam menyentuh anjing. Apa yang mereka dapat dengan menyertai program 'bodoh' dan apa menafaat yang mereka dapat? Soalan, siap yang menganjorkan program tersebut? MAIS?...Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid (gambar atas kanan) menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam. Tamyes berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam. Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing. katanya. 

Jika MAIS tidak mengaku, MBPJ lah? Atau Itu hanya dibuat oleh individu tertentu atas inisiatif sendiri, tapi, siapa individu tersebut? Bagi pandangan IBM, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya. Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama. Apabila ditanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu, beliau mengalu-alukannya. Beliau ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan, katanya. Setelah diselidik, baru IBM dapat tahu siapa penganjurnya. Orang Melayu sendiri rupanya. Mengikut kata penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi beliau mendapat kelulusan daripada MAIS dan Polis untuk menganjurkan program tersebut. 

Dari segi pandangan dan pendapat, Mohd Tamyes (Mufti Selangor) berkata Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan : sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik. Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, beliau percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam, katanya. Menurut mufti Selangor itu, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan. Katanya, walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis "mughallazah" bukan semata-mata melalui sentuhan. Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya. Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah," katanya. 

Namun, gambar yang diperoleh oleh portal itu, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi 'lampu hijau' pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014. Menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis "Penganjur 'IWTTAD' untuk makluman selamat maju jaya. Kesimpulanya di sini, agama Islam sejak kebelakang ini memang senang di perlekehkan dan di persedakan, tapi, umat Islam di negara ini terus berhayal. Yang sedihnya tu, orang Islam itu sendiri memberi laluan supaya ada pihak lain yang memperlekehkan agama Islam itu sendiri. Fikir-fikirkan dan bangunlah wahai rakan-rakan Islam ku yang lain. Sampai bila kita umat Islam harus di hina dan seperti ini? Renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...