Wednesday, October 15, 2014

APA KE JADAHNYA AHLI UMNO NI CERAMAH DI PENTAS PKR? ADA MASUKKKK KE?

RABU, 15 OKT 2014
TIDAK pulak di beritahu bila dan dimana ketiga-tiga ahli Umno berceramah di pentas PKR. Apapun, itu kepeutusan yang telah dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mana hari ini mengumumkan pemecatan tiga ahli parti itu kerana melanggar peraturan parti. Katanya, tiga ahli daripada Maran, Pahang itu melakukan kesalahan berceramah di atas pentas PKR dan mempunyai dua keahlian. Mereka ialah Mohd Zamri Mohd Sham dari Kampung Sekara, Mohd Khiri Dahlan dari Taman Seri Keramat dan Ahmad Shuhor Awang dari Kampung Senggora. Mohd Zamri didapati bersalah kerana berceramah di pentas PKR. Maka,hukumannya dipecat. Sementara itu, Mohd Khiri didapati mempunyai dua keahlian iaitu Umno dan PKR. Beliau mengaku bersalah dan dipecat. Manakala Ahmad Shuhor juga melakukan kesalahan yang sama. Mengaku menjadi ahli PKR cabang Maran. 

Hukumannya bersalah dan dipecat, katanya DS Najib lagi. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini. IBM agak rasa hairan jugak lah. Apa yang mereka bertiga itu cari sehingga sanggup mengkhianati parti Umno. Dapat pulus yang besar ke? Apapun, elok jugalah mereka-mereka itu dapat dikesan lebih awal, kalau tidak akan menjadi 'duri dalam daging'. Harap ianya menjadi contoh dan tauladan kepada semua ahli-ahi Umno yang lain. Jangan cuba-cuba nak mengkhianati parti  dik kerana ingin mengejar sesuatu demi untuk kepentingan diri sendiri. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...