Tuesday, October 7, 2014

CUKUP KE DENGAN HANYA RASA TERKILAN?

SELASA, 07 OKT 2014

SUMBER.....
ITULAH kelemahan UMNO. Asyik-asyik rasa kesal. Tapi cukup ke dengan hanya meluahkan perasaan 'kesal'?. Kenapa tidak UMNO bertindak seperti pembangkang. Tak puas hati buat demo besar-besaran. Maka timbullah ras benci dan tidak percaya rakyat kepada kerajaan. Jadi kenapa UMNO tidak berbuat demekian di dalam isu arak 'Oktoberfest' yang kononya dihalalkan oleh pemimpin PAS? IBM dah menyampah dengan sikap UMNO ni. Kenyataan Umno Selangor semalam yang melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest' seperti 'gimik' politik yang dah lapuk. Tak ada kesan. Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam itu dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat. Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam. 

Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan...Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Korban Perdana 2014 peringkat Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini. Beliau berkata, Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak. 'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel. Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya. Jadi, apa perancangan UMNO bagi menyekat dan membuka mata rakyat agar festa arak ini di kutuk dan dihalang oleh rakyat? 

Dan bagimana caranya UMNO nak perjelaskan kepada rakyat bahawa Pakatan sekarang ini (di Selangor) sudah 'bercelaru' dan mereka (pakatan) tidak lagi mempedulikan hak-hak dan masalah rakyat di Selangor ini. Jangan asyik-asyik menyuarakkan rasa terkilan, tapi NATO (No Action Talk Only), itu kata mantan PM kita, Tun Dr Mahathir. Kepada DS Noh Omar, fikir-fikirkan kerana PRU 14 kian hampir. Inilah masa dan ketikanya kita (UMNO) masuk jarum. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. bro, masalah paling besar yg dok bersarang dalam kepala hotak pemimpin umno ialah merasa mereka masih kerajaan walaupun berada dalam kerajaan pembangkang. mereka hilang agresif dan berlenggang kangkung macam agar-agar. mereka tak belajar apa-apa walaupun duduk sebagai pembangkang. kita nak buat apa lagi bro, mereka yang malas dan bebal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Betul tu bro. Tak tahu le bila pemimpin2 UMNO kita ni nk berubah?...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...