Tuesday, October 14, 2014

TEMBELANG ANWAR AL-JUB PECAH! RUPANYA CGT YANG DIBENTANGKANNYA BUKAN IDEA ANWAR. DICEDOK DARI BARAT RUPANYA. PUIII!!

SELASA, 14 OKT 2014

SUMBER.....
NAK tergelak pun ada bila dengar al-kisah si Al-Jub ni membentangkan belanjawan Pakatan 2015?. Untuk apa? Siapa nak dengar dan adakah ianya menjadi 'realiti'? Beria-ia benar depa (pembangkang) membentangkannya. Macamlah depa (pembangkang) tu merupakan sebuah Kerajaan. Dan....Anwar si Al-Jub tu pulak berlagak seolah-olah dialah Perdana Menteri Malaysia. Aduhi!..malunya. Nak tahu kenapa IBM kata malu?..Rupa-rupa CGT yang dikatakan lebih bagus dari GST yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak adalah idea yang dicedok oleh Anwar al-jub dari barat. Huhuhuhu.. Pcah tembelangnya. Ingatkan idea dari dia (Anwar). Maka, ternyata hasrat pakatan pembangkang untuk memperkenalkan Keuntungan Modal (CGT) sebagai alternatif kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuktikan sikap tidak konsisten Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dalam mempertahankan hujahnya. Memang kaki temberang si Nuar ni. Penipuan si al-jub ini didedahkan oleh Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) (gambar bawah kanan) dan berkata berkata, pada 1993, Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan pernah menyatakan di Dewan Rakyat bahawa beliau menolak cukai nilai tambah (VAT) iaitu sistem percukaian yang digunakan di negara-negara Barat. 

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar kini berubah pendirian apabila mencadangkan dalam bajet pakatan pembangkang tentang pelaksanaan CGT mengikut model yang digunakan United Kingdom (UK). Terdapat banyak percanggahan berikutan ketidakupayaan Ketua Pembangkang untuk memahami tadbir urus ekonomi negara. Beliau juga mempunyai rekod buruk dalam tadbir urus ekonomi negara dan cuba menggunakan teori-teori Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi, katanya ketika membahaskan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Terdahulu, Anwar ketika membahaskan Bajet 2015 mencadangkan pelaksanaan CGT bagi menggantikan GST yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 April depan. Annuar menambah, ketidakupayaan Anwar untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan terserlah apabila negara dilanda krisis ekonomi pada 1997. 

Menurut beliau, Anwar cuma tahu mencedok, meniru dan mengambil teori-teori yang disalin daripada model-model ekonomi yang diperkenalkan oleh pihak lain. Namun, saya memahami beliau tiada latar belakang dalam bidang ekonomi dan bernasib baik kerana apabila memasuki arus politik UMNO, beliau mendapat kedudukan secara fast track, ujarnya. Annuar berkata, krisis ekonomi negara yang semakin meruncing menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan keadaan. Kesimpulannya, adakah manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini layak memimpin negara serta menjadi Perdana Menteri jika perkara yang seserius ini (pembentangan bajet) diperlekehkan dan dicedok pulak dari idea orang lain (barat)?. Ringkaskan saja, hantar Anwar cepat-cepat ke penjara Sungai Buloh. Biar disana dia buat bajetnya sendiri sampai dia 'kojol' di dalam penjara. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...