Wednesday, October 1, 2014

PAS AKUI BELUM CUKUP KUAT UNTUK KETUI PAKATAN RAKYAT, TAPI CAKAP BERGEGAR-GEGAR, CAKAP BESAR! PUIII!

RABU, 01 OKT 2014

SUMBER.....
BILA dah kena buli kaw-kaw oleh rakan kongsinya, PKR & DAPigs, baru PAS sedar bahawa parti mereka tidaklah sehebat mana, hanya gah dengan namanya sahaja, "Parti Islam Se-Malaysia" (PAS). PAS sejak kebelakangan ini betul-betul tertekan dan hina oleh rakan kongsinya. Tapi, PAS masih tak sedar diri, terhegeh-hegeh masih hendak bersama mereka di dalam Pakatan Rakyat. IBM tak faham apa dah jadi dengan pemimpin-pemimpin PAS ni. Tapi, kenyataan dan cadangan dari Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali agar parti Islam itu (PAS) mengetuai Pakatan Rakyat diterima baik oleh PAS. Bagaimanapun, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar bawah) berkata parti itu perlu kuat untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Kalau nak ketuai Pakatan Rakyat PAS kena kuat. Walaupun PAS dah berjuang bersama-sama maknanya dari segi komposisi kemenangan kita dalam Parlimen maka belum cukup kuat. Tapi kalau suatu masa nanti dengan ketentuan Allah SWT PAS lebih kuat memang sangat sesuailah dan itulah yang kita kehendaki, katanya, malah, Mahfodz berkata PAS tidak boleh terlalu gopoh dalam mengejar cita-citanya itu sebaliknya perlu bersikap lebih bertolak ansur dengan rakan kompenan PR. 

Tetapi, buat masa sekarang ini kita tak boleh gopoh. Kita kena bertolak ansur dan seterusnya kita mengharapkan ahli-ahli PAS kerja kuat bagi memenangi kerusi yang lebih daripada PR yang lain barulah mungkin pada masa itu orang boleh lihat bahawa PAS lebih kuat dan wajar untuk mengetuai PR, tambahnya. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan agar PAS mengetuai Pakatan Rakyat jika gabungan benar-benar serius mahu membentuk sistem dua parti yang kukuh bagi menyaingi BN. Katanya, beliau membuat cadangan itu kerana menurutnya PAS merupakan parti dengan majoriti orang Melayu seperti UMNO yang mengetuai BN. Formula itu, tambahnya, diguna pakai BN yang sebenarnya mirip dengan komposisi penduduk Malaysia. 

Kalau PAS mengambil alih kepimpinan (Pakatan) dan DAP tak besar kepala, beliau rasa ini akan jadi titik permulaan, kata  Pak Brahim Ali. Kesimpulanya di sini, IBM menggangap kenyataan atau cadangan dari Pak Brahim Ali itu hanyalah sia-sia. PAS parti yang angkoh, sombong dan berdendam sesama bangsa dan agama. Tapi, apabila bertemu 'buku dengan ruas' baru dia sedar. PAS betul-betul parti belasahan dan dibuli oleh rakan-rakan kongsinya. Jadi, biarkan PAS dengan ego dan kedegilannya. Biar sampai mampus PAS berdendam dengan UMNO, tidak menjadi masalah bari kita orang-orang UMNO. Tanpa PAS, UMNO dan BN terus maju dan berjaya menerajui negara dengan cemerlang. PAS boleh MAMPUS! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...