Wednesday, October 8, 2014

PAS HALALKAN PESTA 'ARAK OKTOBERFAST'?? TAKE BEEEEEER!!.

RABU, 08 OKT 2014

SUMBER.....
PAS pernah berjanji semasa PRU ke-12 dahulu. Jika menang dan dapat menawan neger Selangor, perkara pertama yang  akan PAS buat ialah menutup kilang arak yang beroperasi di Shah Alam, iaitu kilang arak 'Carlsberg'. Apa jadi selepas PAS dan pakatan menang PRU ke-12 dan mermpas dari tangan Barisan Nasional (BN)? Bukan katakan nak tutup, malah diberi kebenaran untuk membesarkan kilang arak Carlsberg tersebut. Itulah janji-janji manis dan satu pembohongan besar yang dibuat oleh PAS Selangor. Nama sahaja parti Islam, memperjuangkan Islam konon, tapi, perangai pemimpin-pemimpin PAS tak ubah seperti 'Yahudi', hati busuk dan pendendam. Hari ini seperti yang kita semua ketahui dan baca diakhbar-akhbar tempatan heboh dan hangat diperbualkan tentang 'Pesta Arak Oktoberfest 2014' yang akan bermula pada 10-12 Oktober ini. Kononya pesta tersebut akan diadakan secara besar-besaran. Woww! Habislah reputasi negeri Selangor. Mana Sultan Selangor nak letak muka nanti?. Selangor akan dikenali negeri Pesta arak. Hahahaha!. 

Itulah kerja PAS. Persoalanya, siapa yang meluluskan dan memberi permit untuk penganjuran pesta arak tersebut? Cari punya cari, rupanya telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor dan Exconya semasa Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar lagi. Tapi, hari ini Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar atas kanan) menafikan kerajaan negeri meluluskan penganjuran pesta arak, Octoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg semasa pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini. Iskandar melalui laman sosial Facebooknya berkata, perkara berhubung pesta itu tidak pernah dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat exco. Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI (Khalid) dan empat exco PAS. Ini tidak benar. Ia tidak pernah dibawa kepada mesyuarat exco, kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu dalam Facebooknya. Kalau macam itu siapa yang meluluskannya? Jangan buat rakyat jadi keliru lah dan jangan perbodohkan rakyat Selangor. 

Mengaku sajalah wahai PAS dan jangan 'main wayang'. Wayang korang itu (PAS) dah tak laku. Itu sebab korang (PAS) nak kena tendang dari pakatan. Diberitakan juga, pesta itu turut mendapat bantahan pemimpin PAS dan NGO seperti Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan anggota Parlimen PAS kawasan Temerloh, Nasruddin Hassan. Pesta Octoberfest bermula sejak abad ke-19 lagi. Peringkat Malaysia, untuk 2014, ia bermula di hotel Subang pada 24 September dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur. Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat beli-belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir. Silap hari bulan kita akan dapat menyaksikan pemabuk-pemabuk di pesta arak tersebut memaki jubah menyerupai orang PAS. Padan muka PAS, mana nak letak muka. Sambil minum mereka akan melaungkan 'Take Beeer!!!!. Huhuhuhu! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...