Thursday, October 30, 2014

KES LIWAT II : PENYOKONG ANWAR AL-JUB MULA BERKURANGAN, MENGHILANGKAN DIRI. TAK DAPAT HABUAN KOT! HUHUHU!

KHAMIS, 30 OKT 2014
HARI ini masuk hari ke-3 kes rayuan liwat II yang menglibatkan Anwar Ibrahim al-jub. Apabila tinjauan di buat di persekitaran di hadapan Istana Kehakiman hari ini kelihatan lengang apabila hanya sebilangan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di sini sejak awal pagi bagi mengikuti prosiding rayuan akhir kes liwat Ketua Pembangkang tersebut. Walaupun pada ketika itu jam batu menunjukkan pukul 9 pagi yang mana selalunya para penyokong Anwar sudah memenuhi kawasan di  perkarangan Mahkamah, tapi, jumlahnya berkurangan, hanya terdapat kira-kira 50 penyokong Anwar berkumpul hari ini. Seperti yang kita semua maklum, prosiding rayuan kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hari ini memasuki hari ketiga dan sepatutnya berakhir semalam serta dijangka berterusan sehingga esok. Kehadiran hampir 400 penyokong Anwar semalam dengan menganjurkan perhimpunan tanpa permit telah mencetuskan beberapa provokasi termasuk merempuh penghadang besi yang diletakkan di hadapan Istana Kehakiman bagi memasuki lobi utama Mahkamah Persekutuan. 

Dalam pada itu, Anwar tiba di Mahkamah Persekutuan pada pukul 9.15 pagi ini bagi merayu sabitan penjara lima tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu berhubung dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sementara itu, tinjauan juga mendapati kawasan di tepi Istana Kehakiman telah dipasang pita kuning bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu. Langkah tersebut ekoran terdapat beberapa penjaja kecil mula berniaga tanpa kebenaran di kawasan itu sejak kelmarin. Turut diletakkan notis 'Dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan’.Semalam, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang. 

Biasalah tu, depa pun nak cari makan. Kan Anwar menyediakan 'duit poket' yang besar dan agak lumayan buat penyokong-penyokongnya berbelanja, maka peniaga-peniaga haram tersebut bolehlah meraut keuntungan sepanjang kes tersebut berjalan. Tapi, IBM hairan juga, kerana semalam kedengaran rungutan dan rintihan penyokong-penyokong Anwar al-jub merintih, mengeleh dan mengerang kelaparan.  Kenapa ye? Anwar tak bagi duit ke? Aduhai, kesiannya. Jadi, kenapa nak menyeksakan diri sehingga kelaparan dan seperti peminta sedekah? Kan bodoh dan banggang namanya tu. Lantak koranglah. Korang nak pergi mampus ke apa, yang penting, Anwar ke penjara esok. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...