Monday, October 13, 2014

RITA RUDAINI TERIMA UGUTAN BUNUH?...BIAR BETUL NI!

ISNIN, 13 OKT 2014

SUMBER.....

MASA tengah bercinta, semuanya sayang. Kentut pun dikata wangi. Bila dah berkahwin, sikit punya hal diperbesar-besarkan. Itulah yang terjadi kepada pasangan anak-anak muda sekarang yang berkahwin diatas suka semasa suka, dan cinta sesama cinta. Tapi, tidak bertahan lama. Bercerai. Dan, bukan setakat bercerai sahaja, malah setelah bercerai ada pulak ugutan, ugutan bunuh? Kalau difikirkan memang susah nak percaya. Tapi, itulah yang sedang dialami oleh pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38. Rita membuat satu laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut di Instagram milik bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27,  menerusi satu status yang dimuat naik Jumaat lalu. Laporan yang dibuat di Balai Polis, Jalan Tun Razak dekat sini pada Sabtu lalu itu antara lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah menimbulkan ketakutan Rita berhubung status ugutan bunuh. Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh beliau selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yang dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada beliau. 

Maka, beliau (Rita) terpaksa melakukan sesuatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri, katanya kepada sebuah portal tempatan. Berdasarkan laporan polis berkenaan, pemilik akaun itu antara lain telah menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua. Status berkaitan bunuh itu terus dipanjangkan apabila pemilik akaun tersebut menasihati Aidil agar pada masa depan merancang dapat membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk  hidup. Rita berkata, status paparan skrin yang dimuat naik Aidil itu berjaya meracuni pengikut Instagramnya untuk membenci Rita selain ia satu penghinaan kepada seorang wanita yang telah melahirkan dua orang anak hasil perkahwinan mereka yang sah. Dalam pada itu diminta komennya mengenai paparan skrin resit pembayaran nafkah berjumlah RM2,000 itu Rita berkata, selama ini dia tidak  pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak sebaliknya kegagalan Aidil berhubung hak sebagai seorang suami kepada isteri semasa mereka belum bercerai. 

Beliau sangat kesal dengan tindakan Aidil sehingga boleh membiarkan nyawa beliau diancam hanya kerana beliau menuntut hak beliau sebagai isteri yang tidak diberikan oleh Aidil. Beliau juga tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak-anak tetapi apakah ia cukup dengan mengirimkan wang sahaja bagi menyatakan kesempurnaan tanggung jawab seorang bapa tanpa menjenguk anak-anaknya? soal Rita. Mengenai status paparan skrin berasingan Aidil dalam Instagram yang mendakwa Rita tidak menjawab mesej yang dikirimkannya untuk mengetahui perkembangan anak, Rita mendedahkan ia adalah tuduhan tidak benar. Sambil memberikan bukti paparan skrin mesej perbualan mereka Rita berkata, seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu beliau ada mengirim mesej kepada Aidil yang berjanji untuk bertemu anak mereka tetapi pemuda berkenaan gagal berbuat demikian. Dia tiada kesungguhan. Sebab itu beliau malas untuk melayan mesejnya apatah lagi beliau pernah mendapat mesej ‘jangan gatalseoalah-oleh ada pihak yang menganggap beliau mahu mengganggu rumah tangga yang baru dibina Adil. Beliau juga pernah membalas mesej-mesejnya mengenai anak tetapi beliau terkejut kenapa Adil masih menganggap tidak menerima sebarang balasan daripada beliau, kata Rita. 

Untuk imbasan kita semua, Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun. Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu. Kesimpulannya, memang sedih bila mendengar cerita dari pihak Rita. Tapi, bagaimana pula di pihak Aidil. Tak teringin nak jawab ke atau cuba membetulkan keadaan yang sebenarnya. Betul ke pengikut Aidil yang menghasut Aidil untuk membunuh Rita? Bagi IBM, ini serius ni. Kalau betul, ianya mesti disiasat dan diambil tindakan. Nasihat IBM, kalau boleh selesai dengan cara baik, kat bagus. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...