WOW! Bersemangat betul para pemimpin Pakatan ni. Demi Anwar al-jub, hujan, ribut mereka redah semata-mata nak beri support dan kata-kata semangat sebelum Anwar al-jub dipenjarakan. Diberitakan pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan padu malam semalam ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim al-jub memberi "ucapan selamat tinggal" dalam berdepan dengan kemungkinan menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes liwat II. Walaupun dalam keadaan hujan renyai, kira-kira 2,000 penyokong Anwar menunggu mendengar ucapan 'selamat tinggal' beliau kepada pengundi di Permatang Pauh sekiranya beliau gagal membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya bagi tuduhan tersebut. Rayuannya terhadap hukuman penjara lima tahun itu akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata perhimpunan itu adalah untuk memberitahu Anwar bahawa DAP akan meneruskan perjuangan untuk keadilan "tidak kira apa yang akan berlaku" minggu depan. Lim berkata mereka akan bersama Anwar sama ada beliau bebas atau berada dalam penjara. "Perjuangan ini akan membawa kita ke Putrajaya," kata Lim dalam ucapannya di perhimpunan itu di Seberang Jaya malam tadi. Lim berkata, jika Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, penduduk Pulau Pinang mahu Anwar tahu bahawa mereka akan menunggu kepulangannya. Dengan gelombang baru reformasi berikut hukuman penjara ke atas Anwar, Lim berkata, Pakatan akan menawan Putrajaya dan Anwar akan keluar lebih awal dari penjara. Manakala, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu@Mat Sabun pula kata beliau mempunyai firasat bahawa Anwar tidak akan ke penjara kali ini.
Nampaknya, pemimpin Pakatan ni memang dah terlalu taksub dengan si al-jub ni, sehingga mereka menjanjikan 'bulan & bintang' kepada Anwar yang kononnya mereka (Pakatan) akan menawan Putrajaya, dan sudah tentu Anwar akan dilantik jadi Perdana Menteri. Peggggi dah!. Berangan le korang. Tapi, pemimpin-pemimpin Pakatan lupa, apabila Anwar al-jub keluar dari penjara, umur beliau sudah menjangkau 76 tahun lebih. Dah tua. Mana ada omphh lagi. Jadi, IBM rasa memang penjaralah tempat yang paling sesuai bagi Anwar al-jub, kerana semasa di dalam penjara, Anwar boleh musahabahkan dirnya untuk jadi insan yang berguna dan jangan lupa 'bertaubat'. Umur tu dah lanjut. 'Penjara kata pergi, kubur kata mari'. Huhuhu! Wasallam ~ IBM

