Monday, October 27, 2014

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2014 BAHAS ISU 'SENSITIF'.

ISNIN, 27 OKT 2014

SATU cadang yang baik dan sudah semestinya diterima dan dialu-alukan oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Sudah tiba masanya UMNO perlu tegas, dan berterus-terang bagi mengambalikan kepercayaan ahli-ahlinya dan juga penyokong-penyokong BN. Buat masa ini, UMNO diberitakan sedang mengumpul cadangan dan pendapat ahli di peringkat akar umbi mengenai isu atau perkara sensitif yang sering dipolemikkan kebelakangan ini untuk dibahaskan dalam perhimpunan agung parti itu bulan depan. Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara sensitif berkenaan berkaitan agama, kaum dan institusi Raja yang menjadi tiang seri negara ini dan hasil perbahasan tersebut akan dijadikan pendirian parti. Katanya, semua perkara tersebut akan dibawakan beliau selepas Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini melantiknya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Jurucakap serta Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO sempena perhimpunan itu. 

Dalam perkara yang dibincangkan khalayak ramai, adalah penting untuk UMNO mempunyai pendirian sama ada berkaitan Akta Hasutan, perkauman atau keagamaan, menyentuh institusi dan tiang seri pembinaan negara bangsa, institusi Raja dan kedudukan orang Melayu. Langkah ini penting bagi memastikan semua perkara itu tidak terus dipolemikkan sehingga menimbulkan perpecahan antara kaum, katanya dalam sidang akhbar semalam di JohorHishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, Konvensyen UMNO Johor yang berlangsung awal bulan depan akan menjadi medium parti mengumpul pelbagai pandangan serta usul kerana suara di peringkat akar umbi adalah amat penting untuk didengari. Cara berkenaan sudah menjadi amalan serta tradisi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu, kita yakin dengan maklum balas yang akan diterima dalam konteks negara majmuk. Konteks ini mesti dilihat sama ada Perlembagaan sedia ada mencukupi atau tidak. “Akta Hasutan" tidak semestinya dihapuskan, sebaliknya boleh ditambah baik atau ditambah dan ditukar akta baharu. 

Apa yang penting suara akar umbi yang tidak beremosi, tidak berbaur perkauman dan keagamaan, inilah yang membezakan kepemimpinan UMNO dan BN sejak merdeka lagi,” katanya. Itulah yang ditunggu oleh akar umbi selama ini. UMNO mesti berani tampil kehadapan. UMNO tidak boleh lagi berundur kebelakang. Maka, isu-isu sensitif yang telah banyak di permainkan oleh pembangkang, harus di tangani. Perlu ingat, UMNO adalah nadi kepada BArisan Nasional (BN), oleh itu, jangan sampai kita direbahkan. 'Rebahkan Pembangkang', itu slogan yang patut kita sematkan di dalam sanubari kita sebelum kita (UMNO/BN) direbahkan. Insyallah. Kita jumpa di PWTC bulan hadapan (November 2014), tak beberapa hari lagi. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...