Wednesday, October 1, 2014

AZMIN KEMBALIKAN JAWATAN ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR SETELAH DIPECAT OLEH KHALID. ADAKAH 'ROMOTE CONTROL' ANWAR MULA BEROPERASI??

RABU, 01 OKT 2014

SUMBER.....

REMOTE CONTROL ANWAR SUDAH MULA BEROPERASI


MEMANG sudah dijangka. Pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor bersifat sementara. Khalid hanya mempunyai kuasa memecat Anwar beberap hari sahaja kerana beliau terpaksa berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor kerana Azmin telah sah dilantik oleh Duli Tuanku Sultan Selangor. Menteri Besar yang baharu, Azmin mengembalikan jawatan tersebut dan berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat daripada kedudukan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor dan khidmatnya akan diteruskan seperti biasa. Penjelasan itu ditegaskan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selepas beliau dan barisan Exconya meneliti minit mesyuarat terakhir yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu. Menurut beliau selepas meniliti minit mesyuarat Exco yang lalu, apa yang diputuskan oleh Tan Sri Khalid ialah untuk menutup pejabat penasihat ekonomi. Jadi tidak timbul soal pemecatan penasihat ekonomi, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan SUK hari ini, Rabu. Malah menurut Azmin, Anwar akan diberikan semua kemudahan yang diterimanya sebelum ini termasuk ruang pejabat bagi memudahkan beliau memainkan peranannya. 

Sekarang kita akan bincang semula fungsi dan peranan penasihat ekonomi untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor. Sudah tentu kita akan memberikan kemudahan-kemudahan termasuk pejabat sesuai dengan peranan yang akan dimainkan, katanya. Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri. Jelas Faekah, pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang. 

Bagi IBM, apa yang dilakukan oleh Azmin mengekalkan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor adalah langkah pertama demi untuk menjaga hati Anwar dan selepas ini banyak lagi perubahan-perubahan yang akan Azmin lakukan demi mengikut 'acuan' yang telah dirancangkan oleh Anwar. 'Remote Control' pastinya sudah mula beroperasi. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Anwar memang bijak mengatur strateginya. Jika ini berterusan, jahanam negeri Selangor ini. Selagi manusia 'dajal'  seko ini masih ada di muka bumi ini, selagi itulah negara dan rakyat menjadi porak-poranda, terutamanya rakyat negeri Selangor. Bilalah agaknya si dajal ni akan dipenjarakan? Sabo je lah. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Bukan selangor yang jahanam tapi malaysia yang lingkup. Mau tidak asyik naik harga minyak. Jam 12.01minyak naik 20sen. BN barang naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~PAKMALAU,

      Salam. Mana negara di dunia ini yg harga minyak dan brg2 lain tak naik2 bro...Kalau gitu, why not ask Selangor govt (Pakatan) bagi subsidi dan turunkan harga minyak? boleh ke?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...