Thursday, October 2, 2014

BETUL KE AZMIN TAK BERDENDAM DENGAN KHALID ATAU DAH KENA 'REMOTE CONTROL' ANWAR?

KHAMIS, 02 OKT 2014

SUMBER.....
BOLEH percaya ke cakap si Azmin ni? Katanya, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali mengangap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'kawan' walaupun kerajaan negeri bertindak memotong peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili bekas Menteri Besar itu. Menurutnya, Khalid adalah kawan beliau dan tidak ada dendam terhadap Khalid. Bukan arahan dari Anwar ke? Tindakan memotong peruntukan yang diuruskan beliau adalah amalan pentadbiran negeri sebelum ini. Apabila (bekas wakil rakyat Pelabuhan Klang dan ahli PKR) Badrul (Hisham) dipecat pada tahun 2008, Tan Sri Khalid melakukan perkara yang sama. 

Bagaimanapun, mereka yang masih layak untuk menerima skim ini akan mendapat manfaatnya, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, hari ini, Khamis. Mengenai penstrukturan semula air, Azmin berkata beliau akan menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan semua dokumen yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan didedahkan kepada rakyat. Pada masa ini semua dokumen termasuk MoU dilindungi oleh OSA (Akta Rahsia Rasmi), katanya. Kepada anda semua, boleh percaya ke cakap dan penjelasan dari Azmin tu? Ehmmm...korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...