Friday, October 31, 2014

APAPUNYA SPIN LE BUDAK MAHASEWEL SEKO NI. DIA BUKAN PRO-ANWAR, TAPI..PEMINAT TUN M?...PULAK DAHHH!

JUMAAT, 31 OKT 2014
APA dia ingat dengan menggunakan nama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, budak sewel seko ni ingat dia boleh lepas dari hukuman, dan di maafkan. Entah-entah dia sengaja nak menyindir Tun Mahathir kerana kononnya Tun Mahathir lah orang yang bertanggung jawab membuat Anwar merana, meroyan sampai sekarang ini. Mengikut kata si mahasewel seko ni,  walaupun dijulang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “harapan anak bangsa”, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata beliau bukan penyokong pembangkang. Sebaliknya, kata mahasiswa 22 tahun itu, beliau menjadikan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai inspirasi. Kononnya beliau suka dengan pemikiran atau pun pandangan Tun Mahathir, kata Fahmi. Beliau mengakui menggemari pemikiran pandang ke hadapan dan cara Mahathir menjatuhkan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri. Beliau suka bagaimana beliau buat pandangan hadapan, pembacaan beliau yang mendalam, strategik beliau bagaimana beliau menjatuhkan Anwar, ujar Fahmi. 

Beliau juga berkata strategi Mahathir menjatuhkan Anwar itu boleh digunakan dan dipelajari. Mungkin strategi itu boleh digunakan. Bagaimana liciknya (Mahathir), mungkin kemahirannya kita perlu belajar, perlu diambil, jadi beliau meminatinya, katanya  sambil tersenyum. Menurut mahasiswa semester akhir Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya itu, meskipun ramai tidak bersetuju dengan Mahathir, beliau mengagumi cara mantan Perdana Menteri itu berfikir dan mencorak Malaysia. Dalam wawancaranya dengan sebuah portal pro-pembangkang di Kuala Lumpur semalam, Fahmi mengakui beliau meminati biografi Mahathir Doktor Umum. Buku itu, katanya merakamnya kenapa Mahathir lebih bijak daripada Anwar dalam percaturan politik, yang menyebabkan beliau lebih tertarik dengan pemikiran Mahathir. Bukan beliau nak kata beliau bukan pro-Anwar Ibrahim, tetapi beliau lebih minat dengan teknik atau kemahiran Tun Mahathir,” katanya. Umum semua tahu, Fahmi Zainol  pada 27 Oktober lalu mencuri perhatian kerana menganjurkan pidato "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” yang menampil Anwar sebagai penyampai utama. Beliau kini berdepan dengan kemungkinan disingkirkan universiti kerana tidak mendapat kebenaran UM. 

Malah, dalam kejadian malam Isnin lalu, 2,000 hadirin, termasuk kumpulan mahasiswa, merempuh pintu pagar utama UM Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengakhiri pidatonya mengangkat tangan Fahmi dan menggelarkannya sebagai “harapan anak bangsa". Apapun yang dikatakan oleh Fahmi ini, bagi IBM amat-amat sukar dipercayai. IBM dapat rasakan, cara beliau bercakap, seolah-olah Anwar al-jub ada gurunya. Cuma selepas tekanan yang beliau dapat ketika ini dari pentadbiran UM, beliau mengubah haluan dengan 'nada' yang berbeza seolah-olah beliau tidak bersalah langsung. Maka, IBM harap, pengurusan UM tidak berlembut dengan mahasewel seko ini, kena hukuman yang setimpal dengan perbuatanya yang melampau dan memalukan UM itu sendiri. Kalau boleh disingkir terus dari Universiti, kerana itu yang beliau (Fahmi) mahu. Dengan berbuat demekian, baru dia sedar yang mana lebih penting, pelajaran atau berpolitik 'songsang' yang mana beliau tahu, belum sampai masanya beliau berpolitik. Sekarang, apa yang beliau dapat? Dan.....apapula alasannya kali ini?..Kau jawab le sendiri Fahmi oii......Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...