Monday, October 6, 2014

KENAPA MCA TAKUT DENGAN CADANGAN TKB UMNO PJU?

ISNIN, 06 OKT 2014

SUMBER....
MCA umpama seperti melihat 'hantu' yang keluar dari kubur. Terbeliak biji mata mereka, sama ada takut ataupun merasakan keluarnya hantu tersebut seperti menguggat parti mereka. Apa yang MCA mahu sekarang? Itu  baru cadangan. Kenapa MCA gelabah tak tentu pasal? Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamed Azli Mohemed Saad yang mencadangkan supaya Perhimpunan Agung UMNO pada November ini membincangkan sama ada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) perlu diterus atau dimansuhkan. Beliau (Mohamed Azli) tidak hanya mencabar hak hakiki warganegara ini untuk belajar bahasa ibunda masing-masing, malah turut mempersoalkan hak pendidikan komuniti Cina. Tindakan beliau itu boleh mengakibatkan ketegangan antara kaum, katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan Astro Awani hari ini. Lian Ker berkata, cadangan yang dinyatakan Mohamed Azli adalah bercanggah dengan Perlembagaan negara dan dasar yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN). 

Dalam kenyataan itu, beliau turut mengingatkan Mohamed Azli (gambar kanan) terhadap insiden melibatkan seorang Ahli Parlimen UMNO dari Sabah, Mark Koding yang disiasat kerana menghasut dan menyokong cadangan untuk memansuhkan SJKC dan Sekolah Tamil sekitar Oktober 1978. Hak sesuatu kaum untuk mengajar dan mempelajari bahasa ibunda mereka tidak boleh dinafikan. Sekolah rendah jenis kebangsaan adalah sebahagian daripada konteks pendidikan perdana juga tidak boleh dinafikan, katanya. Lian Ker yang juga Pengerusi Biro Harmony agama MCA, adalah menjadi polisi BN sejak sejak kermerdekaan lagi untuk mempertahankan hak semua rakyat Malaysia untuk mepelajari bahasa ibunda masing-masing. Dan jika Mohamed Azli tidak bersetuju dengan perkara ini, beliau dialu-alukan untuk keluar parti, tambahnya. Mohamed Azli dalam kenyataannya membuat gesaan supaya kedudukan SJKC dibahaskan kerana ramai berpendapat sekolah itu sekarang diperalat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan anti kerajaan. Siapa si barua Ti Lian Ker ni yang membuat gesaan  supaya Sdr Azli keluar parti? 

Kami warga (ahli UMNO) Petaling Jaya Utara (PJU) akan berdiri teguh dibelakang TKB bahagian kami. Kami tidak takut dengan geratakan Cina MCA haram jadah ni. Walaupun apa yang terjadi kami akan mempertahankan akan kenyataan (cadangan) Sdr Azli itu. Selama ini di PJU, kami telah banyak berkorban tenaga, idea dan juga kewangan demi untuk berjuangan bersama MCA bahagian PJU selaku rakan dalam Barisan Nasional (BN). Kami berhempas-pulas/ bermatian berjuang bersama MCA semasa PRU bagi memastikan MCA menang didalam PRU tersebut. Tapi, MCA sendiri yang memandang rendah dan tidak konfiden menang kerana rata-rata pengundi-pengundi Cina di kawasan PJU sudah bosan dan menolak parti MCA. Jadi, tinggalah kami orang-orang UMNO yang berkerja kuat bagi memenangkan MCA/BN di PJU, tapi, kami gagal.  

Oleh itu, wahai MCA, berhati-hati bila membuat kenyataan. Kami (UMNO) akan bertindak balik sekiranya MCA pusat ingin mengambil sesuatu tindakkan terhadap TKB kami. Sekiranya Lian Ker tak puas hati, dia yang sepatunya keluar parti. Silakan. Kami tidak memerlukan rakan kongsi seperti Lian Ker ini berada di dalam BN. Jangan jadi 'duri dalam daging'. Kami akan ketahui juga. Satu soalan untuk Lian Ker. Apabila kaum bangsa Cina (terutamanya DAPigs) menghina, memperlekehkan kaum Melayu dan agama Islam, kemana MCA? Apa tindakan dan reaksi MCA kepada isu tersebut? Fikir-fikirkan dan jangan keruhkan keadaan. Wasallam ~ IBM

3 comments:

  1. Syabas UMNO PJU. Ketegasan beginilah yang kami sangat rindukan. Jangan bagi muka kepada musuh dalam selimut.
    MCA = DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~Laksa Johor,

      Salam. Terima kasih di atas semangat dan kata2 yg memberangsankan. Insyallah UMNO PJU akan terus berjuang demi agama, bangsa & negara...

      Delete
  2. Isu ini juga diperbincangkan oleh Helen Ang dalam blognya :

    Where in Constitution is Sekolah Cina guaranteed?

    http://helenang.wordpress.com/2014/10/06/where-in-constitution-is-sekolah-cina-guaranteed/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...