SEBAHAGIAN daripada pengikut ajaran Ayah Pin mengadakan salah satu upacara di markas Kerajaan langit di Besut sebelum diambil tindakan oleh pihak berkuasa pada tahun 2008.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyenaraikan empat ajaran sesat termasuk ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin bertentangan dengan ajaran Islam.

"Sehingga kini, Jabatan Agama Islam negeri telah mendakwa seramai 52 orang yang terlibat dengan ajaran sesat Ayah Pin termasuk pengasasnya, Ariffin Mohammed.
"Bagi tiga lagi ajaran sesat itu, belum ada pendakwaan dibuat," kata Khazan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.
p/s : IBM KATA, "Dekati diri kita dengan Allah s.w.t, insyallah kita dihindari dari mengikut ajaran sesat seperti ajaran ayah pin ini. Dan kepada sesiapa yang telah sesat tu, kembalilah kepada ajaran yang sebenarnya dan minta petunjuk dari Allah s.w.t..insyallah kita tidak akan sesat.
SUMBER : KOSMONLINE.COM ~ TERIMA KASIH
DAN....TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA