Thursday, April 5, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


05 APRIL

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN


PERASMIAN LEBUHRAYA AIR KEROH - PAGOH, JOHOR

Kemudahan infrastruktur memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi negara. Kemudahan seperti jalanraya, elektrik dan air tidak sahaja untuk keperluan kepada ekonomi semata-mata tetapi juga kemudahan asas kepada rakyat. Di antara kemudahan asas yang cukup diperlukan jalanraya, pelbagai jenis jalanraya diwujudkan di negara ini.  Antaranya ialah berbentuk lebuhraya, pada hari ini 5.4.1989 Lebuhraya Air Keroh - Pagoh telah dirasmikan oleh Encik Abdul Ghafar Baba. Ianya merupakan lebuhraya yang pertama disiapkan di negeri Johor. Lebuhraya sepanjang 56km ini merupakan sebahagian daripada rangkaian jalanraya Utara-Selatan yang sedang dalam pembinaan sekarang. Pembinaan kemudahan asas ini merupakan usaha Kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan sosial-ekonomi kepada rakyat di negara ini. Berucap semasa perasmian, beliau berharap tol yang dikenakan kepada pengguna hendaklah memadai dengan faedah-faedah yang dapat dinikmati oleh mereka dan juga setanding dengan kos yang ditanggung oleh pemaju; dan diharap titik perseimbangan di antara  pengguna dan pihak yang menyediakan sentiasa dipelihara. Kemudahan asas, merupakan keperluan kepada rakyat demi kemajuan negara, perseimbangan di antara kepentingan pemaju dan pengguna juga harus dipertahan dan dipelihara secara yang saksama.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...