Sunday, April 15, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR.....

 YAP AH LOY

15 APRIL

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

KEMATIAN YAP AH LOY

Pada hari ini 15.4.1885 Yap Ah Loy yang dikenali sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur telah meninggal dunia kerana serangan bronkitis dan sakit paru-paru.  Beliau yang datang dari Wilayah Kwangtung. Selatan China telah mendarat di Melaka pada tahun 1854. Pada tahun 1860, beliau yang telah menjadi ketua orang-orang Cina di Sungai Ujong dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1862 sebagai orang kanan Lin Ngim Kong, Kapitan Cina pada masa itu.  Pada Ogos 1868, Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina, Kuala Lumpur setelah Lin Ngim Kong meninggal dunia. Yap Ah Loy secara rasmi dilantik sebagai Kapitan Cina pada tahun 1869 oleh Raja Mahdi, Pemerintah Klang dengan persetujuan Sultan. Beliau telah membangunkan Kuala Lumpur dengan perlombongan dan perniagaan dan berjaya menarik perhatian British untuk memindahkan ibu kota Selangor dari Klang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880. Yap Ah Loy pernah dianugerahkan gelaran Indra Perkasa Wijaya Bakti oleh Sultan Selangor. Kematian beliau pada hari ini dalam tahun 1885 ketika berusia 48 tahun sangat dirasai oleh penduduk Kuala Lumpur.  Jabatan Kerajaan di seluruh Selangor telah ditutup sebagai tanda penghormatan kepada beliau.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...