Sunday, April 8, 2012

Gergasi Merah Mengamuk, Sang Penyu Di Belasah Teruk 6-1...

LIGA SUPER MALAYSIA (Sembang-sembang Bola) :



Pemain Gergasi Merah membuktikan mereka kini sudah bersedia kembali sebagai gergasi bola sepak tempatan setelah menjadikan Terengganu mangsa amukan selepas membelasah anak buah Mat Zan Mat Aris, 6-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Gol Selangor dijaringkan oleh Bosko Balaban pada minit ke-18, K Solohin (m-35), Kapten Selangor, Amri yahyah (m-37) dan Safiq Rahim (m-45) sebelum Amri sekali lagi mengegarkan jaring pelawat pada minit ke-78 separuh masa kedua dan pemain gantian Famirul Asraf melengkapkan malam gemilang tuan rumah di minit ke-90. Namun, pelawat terlebih dahulu memperolehi gol awal melalui Ismail Faruqi pad minit kesembilan dalam keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum perlawannnan bermula.


Di Stadium Negeri Kuching, Sarawak gagal mengulangi kecemerlangan membelasah PKNS FC minggu lalu, walaupun mendahului juara Liga Super 2011, Kelantan seawal minit ke-13, apabila diikat 1-1 hasil jaringan gol pada minit ke-86. Sementara aksi di Stadium Hang Jebat pula, Felda United berjaya menewaskan Kedah, 2-0 untuk memperbaiki kedudukan kelab berkenaan dalam saingan liga manakala Lions XII terus mencengkam teraju liga setelah menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Di utara tanah air pula, Perak bangkit tewas kepada Kedah minggu lalu, apabila menewaskan pasukan tercorot liga Kuala Lumpur, 2- 1 di Stadium Perak malam tadi. Saingan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pula menyaksikan Negeri Sembilan sekadar berkongsi mata semasa melayan kunjungan Sabah, apabila diikat 2-2.

p/s : IBM Kata, "Syabas Selangor. Nampaknya Selangor sudah dapat sentuhan yang sebenarnya. Ayuh, teruskan memantum yang sebegitu. Insyallah, seluruh peminat bolasepak Selangor mendoakan akan kejayaan Selangor di perlawanan yang seterusnya."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Salam dinturtle,

    Salah UMNO lagi...apa kena mengenanya bola dgn Umno?.jgn campur adukkan sukan dgn politik. Kalau diamalkan sampai bila2 pun sukan x akan maju di negara kita ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...