Sunday, April 29, 2012

Peserta Bersih 3.0 Amat Ganas..Dan..Dibayar Untuk Hadir...



 SELEPAS kereta peronda polis melanggar pembahagi jalan, peserta Bersih 3.0 bertindak ganas dengan merosak dan menterbalikkan sebuah kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 berdekatan kompleks Sogo, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - GANAS..memang ganas. Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan 
termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

DEMI WANG DAN IKUT TELUNJUK PEMBANGKANG MEREKA SANGGUP JADI GANAS DAN INILAH YANG BERLAKU SEPERTI GAMBAR  DIATAS DAN DIBAWAH :


Peserta Bersih 3.0 merempuh halangan yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, semalam


Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan haram yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan yang dibuat di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

Inikah rupa kerajaan yang korang mahu dan sokong yang sanggup melakukan perkara yang ganas seperti apa yang di lakukan oleh para peserta Bersih 3.0?...yang mana dikatakan bersih dan apakah yang ingin mereka bersihkan?. Ini, tak lain tak bukan kerana perangai dan niat para pemimpin mereka (pembangkang) yang mengamalkan politik kotor dan hati mereka juga kotor. Penuh dengan dendam demi nama dan pangkat.

Ayuh rakyat sekalian, bangkit, sedar dan tolak pembangkang di PRU k3-13 nanti. Negara akan musnah sekirannya mereka memerintah kerana anjing-anjing yang berpakaian KUNING ini akan sentiasa akan menganas dan mengikut kehendak tuannya sekiranya diberi tulang (wang) untuk berdemo dan menganas. fikir-fikirkan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...