Monday, April 9, 2012

Penyokong-Penyokong 'Fanatik' PAS Rasa Lega. Pok Nik Kini Berihat Dirumah...

PUHH!!. MENARIK rasa lega penyokong-penyokong PAS apabila Tok Guru Depa dah sihat, dan kini sedang berihat. Nampak berseri-seri muka Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, apabila Doktor membenarkan beliau keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam. Disamping itu beliau dinasihatkan oleh doktor supaya berehat di rumahnya di Pulau Melaka.

Setiausaha Sulit Kanannya Ahmad Shargowi Derahman berkata, Mursyidul Am Pas itu tidak masuk pejabat di Kota Darulnaim di sini, hari ini, sebaliknya beliau berehat di rumah “Tidak ada program rasmi yang membabitkan kehadiran Menteri Besar dalam sehari dua ini,” katanya. 
Yalah. Elok le tu. Berehatlah lama-lama sikit Pok Nik Oii. Lupakan pasal politik tu seketika. Jangan nak pening-peningkan kepala. Lagi pun mengikut Doktor, jantung Pok Nik tu agak dah 'senja'...bila-bila masa boleh berhenti denyutnya. Tak itu Pok Nik tak faham-faham lagi. Lagi pun, sumber dari Kelantan berkata, ramai dikalangan NGO menasihatkan agar Pok Nik berehat dan tidak bertanding di PRU ke-13 nanti.
IBM rasa, itu satu nasihat yang ikhlas. Kan apa, apa le sangat jawatan Menteri Besar Kelantan yang dikejar-kejarkan tu. Pok dah lama pegang jawatan tu, cukup le. Dan, kini dah tiba masanya beri pulak peluang pada orang muda. Takkan nak pegang sampai mati kot.?...apa-apa pun, memang sukar nak di ramalkan. Jawapannya ada pada Pok Nik. Kepada penyokong-penyokong 'fanatik' PAS, jangan bimbang, Pok Nik kini dah sihat, tapi tak tahu sampai bila dia boleh bertahan. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...