Sunday, April 8, 2012

PAS Tindas Rakyat. 4 Sekeluarga Tinggal Dipondok Seperti 'Reban Ayam'...Kesianya!!!

Beginilah agaknya pondok yang dihuni oleh 4 sekeluaraga di Kelantan (gambar hiasan)

MANA yang dikatakan PAS membela rakyat.?? Lebih 52 tahun memerintah negeri Kelantan, mana dia yang dijanjikan oleh kerajaan PAS bahawa dioranglah pembela bangsa dan agama. Ramai rakyat di Kelantan disisihkan, tidak terbela dan mereka merana bertahun-tahun lamanya dibawah kerajaan PAS.  Semuanya bohong belaka. Aduh kesiannya.


Realitinya, ianya berlaku pada seorang wanita dan tiga anaknya yang mana terpaksa tinggal di pondok seperti reban ayam yang hanya berdindingkan kain selimut selepas ditinggalkan oleh suaminya sejak dua tahun lalu di Kampung Gaung, Tendong dekat sini. Bila dilihat, di kenang, aduh, memang menyedihkan. 

Rohana Mohamad, 48, terpaksa mengharapkan ihsan daripada seorang penduduk, Wan Nazifah Wan Musa, 52, untuk mengubah suai pondok di sebelah rumahnya dengan meletakkan kain selimut terbuang di sekelilingnya sebagai dinding bagi dijadikan tempat berteduh.

Malah setiap kali hujan, dia bersama tiga anaknya, Fauziah Abdullah, 9; Muhammad Nasir, 7, dan Nurul Nasuha, 3, terpaksa menumpang di rumah Wan Nazifah kerana atap bocor serta dinding yang boleh ditembusi air.

Pondok itu hanya boleh memuatkan mereka sekeluarga untuk tidur dan sedikit ruang rehat tanpa dapur. Bagi membersihkan diri dan mencuci pakaian, dia terpaksa pergi ke masjid berhampiran. Kesimpulannya, kenapa dan mengapa perkara ini berlaku di negara kita yang kini kiat membangun, dan kepada kerajaan PAS kenapa dibiarkan perkara ini berlaku di negeri yang dikatakan atau diibaratkan 'Serambi Mekah'....itulah yang dilaung-laungkan dan di megah oleh pemimpin-pemimpin PAS dan pengikut-pengikut fanatiknya.

Atau, mungkinkah wanita itu ahli UMNO, parti yang dibenci oleh PAS?....IBM tak tahu, mungkin benar, mungkin disebaliknya. Apapun sesuatu mesti dibuat. Jangan dipolitikkan perkara ini, kerana wanita ini adalah seorang insan yang lemah dan perlu dibantu. Fikir-fikirlah wahai pemimpin PAS, jangan sampai rakyat mengecap, PAS hanya pandai berpolitik dan undi Pas masuk syurga, tapi, semuanya itu hanyalah 'gimik' politik. ~ IBM

SEKIAN. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...