Monday, April 9, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

PEJABAT RISDA NEGERI JOHOR 

09 APRIL

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PUSAT LATIHAN RISDA JOHOR MULA DIBINA

Sebahagian besar daripada masyarakat luar bandar masih lagi terlibat dalam sektor pertanian. Selain daripada memenuhi keperluan dalam negeri, sektor ini juga terlibat dalam menambahkan pendapatan eksport hasil keluaran negara. Salah satu Jabatan yang penting dalam pembangunan luar bandar bagi sektor pertanian ialah Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA). Pada hari ini 9.4.1981, pihak RISDA telah memulakan kerja-kerja awal bagi pembinaan Pusat Latihan RISDA Johor. Kompleks yang berharga lebih daripada 1 juta ini telah dibina di Bt. 6, Jalan Keluang, Batu Pahat, Johor. Pembinaan dilakukan di atas tanah seluas 85 ekar, akan menyediakan segala keperluan untuk meningkatkan hasil para penoreh. Usaha memperbaiki nasib golongan ini akan lebih berkesan dengan adanya Sekolah Latihan Pekebun Kecil. Sekolah Latihan Pekebun Kecil yang didirikan di dalam kawasan kompleks ini merupakan usaha-usaha memperbaiki taraf hidup para pekebun kecil getah seperti penyediaan teknik-teknik torehan, tanaman dan teknologi baru yang akan diajar kepada para pekebun kecil. Usaha-usaha pembinaan Pusat Latihan ini menunjukkan kepada kita pihak Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat bagi meninggikan taraf hidup mereka terutama kepada golongan yang terlibat di sektor pertanian.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...