Tuesday, April 17, 2012

PM Lancar Kereta Proton 'Preve`'....



SERI KEMBANGAN – Proton Holdings Berhad (Proton) secara rasmi melancarkan model sedan yang terbaru – dikenali sebagai Proton Prevé menggunakan sehingga 94 peratus komponen dikeluarkan pengedar tempatan, sekali gus menjadi model Proton pertama bertaraf lima bintang menerusi Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP).
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pendekatan yang digunakan dalam menghasilkan Preve amat dititikberatkan daripada segi konsep, reka bentuk dan kejuruteraan serta pengilangan bagi membawa Proton ke peringkat lebih tinggi.
“Kami telah bekerja keras dengan pengedar dan wakil penjual di bawah tender penglibatan awal pengedar (EVI) bagi memastikan konsep reka bentuk keseluruhan untuk sistem dan komponen Proton Prevé.
p/s : IBM KATA, "Tahniah Proton!. Satu lagi kejayaan negara didalam Industri pemotoran. Proton berjaya membuktikan bahawa kereta tempatan kita dapat menyaingi kereta-kereta dari luar negara."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...