Thursday, April 19, 2012

Hari UMNO Ke-66 : Kibarkan 'Sang Saka Bangsa' Menjelang Ulang Tahun UMNO!!

'BERSATU, BERSETIA,  BERKHIDMAT'




KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak ahli-ahli UMNO untuk mengibarkan bendera parti Sang Saka Bangsa menjelangnya sambutan ulang tahun UMNO ke 66 tahun pada 11 Mei depan.
“UMNO adalah parti pembela rakyat dan selama 66 tahun parti ini berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Jelas beliau, sambutan ulang tahun UMNO ke-66 tahun ini diadakan berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya iaitu akan bermula pada 1 Mei dengan dimulakan acara larian bendera UMNO bermula di empat penjuru di seluruh negara.
“Acara kemuncaknya akan diadakan pada 11 Me yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari. Jadi saya merayu kepada kawan-kawan di peringkat Cawangan dan Bahagian untuk memberikan sokongan kepada larian tersebut dan mengenakan baju merah sebai tema gelombang merah sambutannya,” katanya lagi.
Tambah beliau, Ibu Pejabat UMNO juga akan membekalkan bendera-bendera ke pejabat-pejabat parti agar ia dikibarkan sepanjang acara tersebut. -MediaUMNO ~ TERIMA KASIH

p/s : IBM KATA, "Dulu, kini dan selamanya. Hidup UMNO, Hidup UMNO..pembela bangsa, negara dan rakyat jelata. Jom kita ke Bukit Jalil pada 11 Mei."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...