Thursday, April 12, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


12 APRIL

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

SABOTAJ KERETAPI OLEH PENGGANAS KOMUNIS


Pada hari ini 12.4.1956, pengganas-pengganas komunis telah meletupkan landasan keretapi di Tapah, Perak. Ini menyebabkan kegelinciran keretapi yang dahsyat dalam sejarah Darurat. Letupan itu telah menyebabkan kepala keretapi dan 8 buah gerabak barang-barang tergelincir dari landasannya. Pihak komunis telah menggunakan dinamit untuk meletupkan 150 kaki landasan keretapi itu. Walau bagaimanapun, tidak ada nyawa yang terkorban, hanya 3 orang mendapat kecederaan. Kerugian kepada pihak Kerajaan telah dianggarkan lebih dari RM 100,000. Pengganas komunis telah melakukan berbagai kerosakan, keganasan dan kacau bilau sepanjang tempoh darurat 1948-1960. Walaupun begitu perjuangan mereka tidak mendapat tempat di hati rakyat negara ini.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...