Tuesday, April 24, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (GAMBAR HIASAN)

24 APRIL

ANDA SEORANG PENGEMAR DAN PENCITA SEJARAH?...JOM BACA KERANA...

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

GARIS PANDUAN PENGASUH TAMAN ASUHAN DIRANGKA
Penjagaan kanak-kanak masa kini, merupakan satu tanggungjawab ibu bapa, namun akibat ramai daripada ibubapa yang terpaksa bekerja, maka tanggungjawab ini diserahkan kepada penjaga atau Taman Asuhan Kanak-kanak. Kerajaan menyedari, pusat asuhan yang tumbuh macam cendawan perlu kawalan terutama bagi menentukan kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan yang sesuai dengan umur mereka. Atas alasan di atas, pada 24 April 1997, kerajaan mengumumkan Garis Panduan Taman Asuhan sedang dirangka yang apabila siap nanti akan dimaklumkan kepada pusat asuhan kanak-kanak yang terdapat di seluruh negara. Bagi mendapatkan pandangan yang menyeluruh satu bengkel akan diadakan, yang mana semua pihak yang menguruskan taman-taman asuhan akan dipanggil bagi membincangkan strategi dan cara pengawasan yang sesuai bagi meningkatkan mutu perkhidmatan asuhan di negara ini. Dengan adanya garis panduan ini akan dapat memberi peluang kepada taman asuhan kanak-kanak untuk mewujudkan penjagaan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang berada di Taman Asuhan Kanak-kanak.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...