Friday, April 6, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


06 APRIL


SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN




PERASMIAN SATELIT BUMI KUANTAN


Pada hari ini 6.4.1970 Stesyen Satelit Bumi Kuantan telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Stesyen yang dibina dengan harga RM 9 juta ini telah membuka lembaran baru bagi Malaysia dalam sejarah perkembangan dan kemajuan sistem komunikasi saperti yang dicapai oleh negara membangun yang lain. Malaysia telah mula menggunakan sistem perhubungan satelit sejak tahun 1965 lagi dan pada hari ini dalam tahun 1970 negara kita telah berjaya membina Stesyen Satelit Buminya sendiri di Kuantan. Kerja-kerja pembinaan stesyen tersebut telah dimulakan dalam bulan Februari tahun 1969. Pembinaanya telah dijalankan bersama oleh Jabatan Kerja Raya, Lembaga Letrik Negara dan Kerajaan Negeri Pahang. Dengan terbinanya stesyen ini akan dapat merapatkan lagi hubungan komunikasi antarabangsa dan secara tidak langsung telah memberikan berbagai faedah lain termasuklah faedah dari segi ekonomi dan juga sosial masyarakat Malaysia. Dengan perasmian satelit bumi Kuantan juga telah membuka lembaran baru dalam sejarah telekomunikasi dan menjadi asas perkembangan teknologi yang lebih canggih di masa hadapan. 
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...