
Program P:Pas Parti Ajaran Sesat (P:Pas) bermula kelmarin di Terengganu. Mengikut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, ianya akan diteruskan ke seluruh negara secara besar-besaran bagi menyedarkan orang ramai bahawa Pas bukanlah parti yang benar-benar membela nasib orang melayu. Mereka semuanya bertopengkan 'agama' demi meraih sokongan rakyat untuk mengundi mereka di PRU ke-13 nanti.
Setelah selesai di Kuala Lumpur nanti, menurut sumber, ianya akan bergerak menuju ke seluruh negara. Diharap ramai-ramai dapat mengambil bahagian dan tunjukkan bahawa UMNO lebih prihatin tentang hal-hal agama yang mana Pas mengatakan UMNO tidak memperjuangkan Islam. Itulah modal Pas bila mereka mengadakan ceramah dimana-mana sahaja.
IBM rasa tak sabar nak tunggu Program P:Pas ni di PWTC. Mesti hebat, mesti UMPHH punya, dan sudah mesti terbeliak mata penyokong-penyokong Pas, dan merah telinga mereka bila Parti Mereka di kritik. Biasalah, siapa tak kenal dengan penyokong-penyokong fanatik Pas. Sudah pasti mereka tak dapat menerima apa yang akan diperkatakan tentang perjuangan parti mereka. Undi/sokong Pas masuk syurga. Itulah janji Pas pada para pengundi semasa mereka berkempen dan digunakan untuk meraih sokongan di PRU ke-13 nanti.
Kalau depa sibuk nak berdemo dan menganjurkan BERSIH 3.0 pada 28 April ni di Dataran Merdeka yang kononnya menuntut SPR dan kerajaan BN supaya Bersih di PRU nanti, kita Bersihkan pulak akidah mereka, dan tuntut agar pengikut-pengikut Pas kembali ke jalan yang benar dan perbetulkan akidah mereka yang telah disesatkan oleh pemimpin-pemimpin Pas yang gilakan kuasa dan pangkat. Kesimpulannya PAS : memang 'Parti Ajaran Sesat' ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
menjamin syurga adalah dengan beribadah dan berbuat kebaikan,dan bukannya dgn mengundi sesuatu parti
ReplyDelete